MAJLIS PENUTUP PERHIMPUNAN AGUNG AIPA KE- 36
control 1control 2control 3
Jumaat, 11 September 2015 – YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj.Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Presiden Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) telah menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua negara-negara ASEAN dan negara-negara lain yang terlibat dalam perhimpunan tersebut semasa Majlis Penutup Perhimpunan AIPA ke – 36 yang telah diadakan pada jam 10 pagi tadi di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.  Turut hadir ialah Setiausaha Agung AIPA, En.P.O. Ram dan ketua-ketua delegasi dari negara-negara yang terlibat.
 

Presiden AIPA ke - 36 merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama Setiausaha Agung AIPA dan ahli-ahli Dewan Negara dan Rakyat yang menghadiri Majlis Penutup Perhimpunan Agung AIPA

Sebanyak 25 resolusi penting menyentuh isu pembangunan negara-negara ASEAN terutamanya dalam bidang politik,ekonomi, social dan organisasi telah dibincangkan sepanjang 5 hari perhimpunan tersebut berlangsung. Selain itu, isu berkaitan wanita dan kesaksamaan gender turut diberi perhatian.
 
Dalam ucapannya, Presiden AIPA telah mengumumkan bahawa negara Myanmar tidak dapat menjadi tuan rumah untuk Perhimpunan AIPA pada tahun hadapan kerana negara tersebut bakal mengadakan pilihan raya umum dan beliau berharap sebelum bulan September 2016, tuan rumah untuk Perhimpunan AIPA ke – 37 dapat dikenalpasti.

Kemaskini terakhir pada: 17 September 2015 | Hits: 9911

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.039 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my