Isnin, 10 November 2014 – “ Parlimen Malaysia Kebanggaanku”. Itulah tajuk lagu hasil nukilan Pn. Nuraishah Abdullah yang telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Mencipta Lagu Parlimen Malaysia yang diadakan bersempena Sambutan 50 Tahun Bangunan Parlimen Malaysia. Pelancaran lagu tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dalam Majlis Pelancaran Lagu Parlimen Malaysia dan Perhimpunan Bulan November 2014.
Majlis ini adalah anjuran bersama Bahagian Komunikasi Korporat dan Bahagian Perhubungan Antarabangsa dan Protokol. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Haji Mokhzani Ismail, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik, Jabatan Penyiaran Malaysia, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Encik Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan YBhg. Encik Riduan Rahmat, Setiausaha Dewan Negara.
Tema yang dibawakan untuk kali ini ialah “ Parlimen Kita, Ekspresi Kita” bertepatan dengan pelancaran lagu rasmi jabatan yang telah direalisasikan pada hari tersebut. Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Mencipta Lagu Parlimen Malaysia juga telah diadakan dan disempurnakan oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.
Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia merakamkan gambar kenang-kenangan bersama-sama para tetamu kehormat dan para pemenang Pertandingan Mencipta Lagu Parlimen Malaysia
Berikut ialah pemenang-pemenang Pertandingan Mencipta Lagu Parlimen Malaysia:
JUARA
Tajuk lagu : Parlimen Malaysia Kebanggaanku
Penulis lirik : Pn. Nuraishah Abdullah
Komposer : En. Nasseruddin Nadzri
SAGUHATI
Tajuk lagu : Mendukung Professionalisme
Penulis lirik : En.Asri Adnan
Komposer : En. Asri Adnan
Tajuk lagu : Aku Adalah Wasilahmu
Penulis lirik : En.Albasya’ari Abdul Latif
Komposer : En. Nasseruddin Nadzri
Tajuk lagu : Maha Cinta Hati Kita
Penulis lirik : Kumpulan Koir Parlimen Malaysia
Komposer : En. Nasseruddin Nadzri/En. Mohamad Saidi Daud
Tajuk lagu : Parlimen Malaysia
Penulis lirik : En.Mohammad Ridhwan Mohamed Yazid
Komposer : En.Mohammad Ridhwan Mohamed Yazid
Tajuk lagu : Parlimen Nadi Merdeka
Penulis lirik : Tuan Hj. Mustafar Ramdzuan Zakaria
Komposer : En. Nasseruddin Nadzri
Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan ringan pada jam 10.30 pagi.