PARLIMEN MALAYSIA, 18 Jun 2015 -- Timbalan Yang DI-pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menerima kunjungan hormat 14 anggota delegasi dari Ghana di bangunan Parlimen, di sini, Khamis.
YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berjabat tangan dengan Ketua Delegasi Parlimen Ghana ketika kunjungan hormatnya di Bangunan Parlimen hari ini.
Bercakap selepas pertemuan itu, Kiandee berkata delegasi itu terdiri daripada sembilan anggota Parlimen Ghana dan lima anggota Ghana National Petroleum Corporation (GNPC).
Pada pertemuan selama 40 minit itu, Kiandee berkata kedua-dua pihak saling bertukar-tukar pendapat dan pengalaman mengenai sistem Parlimen di negara masing-masing.
"Mereka ingin mengeratkan hubungan dua hala antara anggota-anggota Parlimen Ghana dan Malaysia dengan turut menjemput kami untuk berkunjung ke Parlimen Ghana," katanya.
Beliau berkata delegasi anggota Parlimen Ghana itu diketuai oleh Cletus Apul Avoka manakala GNPC pula diketuai oleh Carmen Bruce-Annan