DEWAN RAKYAT LULUS USUL TRAGEDI PESAWAT MH17
control 1control 2control 3
Parlimen, 23 Julai 2014 - Parlimen Malaysia pertama kali mengadakan sidang Parlimen tergempar untuk membincangkan isu kemanusiaan membabitkan Malaysia dan kali kedua selepas usul mengecam serangan Rejim Zionis Israel di Gaza, diadakan pada 12 Jan 2009.
 

YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Razak ketika membentangkan usul khas mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat.

Ahli Dewan Rakyat kerajaan dan pembangkang, semalam bersatu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan serta tidak bertanggungjawab pihak yang menembak jatuh pesawat MH17 pada 17 Julai lalu. Pendirian itu dinyatakan ketika perbahasan dalam Persidangan Khas Parlimen bagi membincangkan usul Tragedi Malang Pesawat MH17, di Dewan Rakyat yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Razak.

Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah telah menunjukkan kesatuan berhubung tragedi Penerbangan MH17 apabila mereka berdiri dan bertafakur selama seminit untuk mengenang mangsa sebelum bermulanya persidangan khas Parlimen. Bagi yang anggota Parlimen yang beragama Islam pula, mereka mengiringinya dengan bacaan Al-fatihah.

Ketika membentangkannya, beliau berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, biadab dan ganas serta tidak bertanggungjawab pihak yang menembak jatuh pesawat itu. Perdana Menteri berkata perbuatan menembak pesawat komersial itu sangat zalim serta jenayah sangat kejam dan ganas.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pembangkang, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Gelang Patah, YB Lim Kit Siang serta ketua parti lain kerana tampil memberi kenyataan yang menyifatkan tragedi MH17 umpama pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhnya mesti dibawa ke muka pengadilan.

YAB Perdana Menteri juga menyatakan telah mengarahkan Peguam Negara mengkaji tragedi MH17 dengan mendalam dan teliti bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil kelak berlandaskan undang-undang antarabangsa.

Usul itu diluluskan selepas dibahaskan oleh 22 Ahli Parlimen, iaitu 12 wakil Barisan Nasional (BN) dan 10 pembangkang, mulai jam 10 pagi hingga petang semalam. Semua wakil parti dalam BN dan pakatan pembangkang yang membahaskan usul itu juga memuji dan menyokong cara YAB Perdana Menteri menangani tragedi itu.

Kesatuan serupa dijangka ditunjukkan oleh anggota Dewan Rakyat untuk mengetepikan perbezaan politik dan menzahirkan solidariti rakyat Malaysia untuk mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat malang itu yang telah meragut nyawa 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan yang terdiri daripada pelbagai warganegara.

Kemaskini terakhir pada: 4 Ogos 2014 | Hits: 11057

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my