UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Rabu, 29 Julai 2015 - YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang pada jam 8.30 pagi di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia.
 

YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak telah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah sejak tahun 2011dan telah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia berkuatkuasa pada hari ini. Beliau telah dilahirkan pada 10 Julai 1957 di Kota Belud, Sabah dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Politik di Simon Fraser University, Canada. Selain itu, beliau turut menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan PhD dalam bidang politik dan kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
 

YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak menandatangani watikah pelantikan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara

Beliau turut bergiat aktif dalam bidang politik dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua UMNO P.169 Kota Belud, Pengerusi UMNO Sabah dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah sejak tahun 1996 hingga kini. Di samping itu, YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak turut terlibat dalam dalam pertubuhan NGO dan pernah menjadi Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Presiden Persatuan Seni Budaya Bajau (PSBB), anggota Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) juga Pengerusi FINAS pada tahun 2011.
 

Kemaskini terakhir pada: 30 Julai 2015 | Hits: 11522

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my