MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PARLIMEN MALAYSIA 2014
control 1control 2control 3
Jumaat, 15 Ogos 2014 - “Di sini lahirnya sebuah CHERITA”. Begitulah tema yang digarap untuk Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Malaysia 2014. Sambutan pada kali ini membawa kelainan kerana buat julung-julung kalinya warga Parlimen Malaysia telah berkesempatan bergotong-royong memasak dodol, lemang mahupun rendang rusa. Pada tahun ini, setiap bahagian di Parlimen Malaysia telah diberi peluang untuk menyediakan juadah masing-masing dan berkonsepkan 1Malaysia seperti ketupat palas, rendang, nasi dagang, rojak buah, pasembur, char kuew tiaw, cendol dan pelbagai lagi. Majlis ini merupakan anjuran Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan Parlimen Malaysia (KKSPM) sekitar jam 11 pagi.
 


Rangkuman gambar Majlis Sambutan Hari Raya Parlimen Malaysia 2014 

Antara tetamu kehormat yang sempat meluangkan masa ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan isteri, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Haji Ismail Mohamed Said, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, AJK Majlis Senator Malaysia, YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan isteri, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara.
 
YBhg. Datuk Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah menyampaikan ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir diikuti oleh ucapan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang. 
 
Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Ketika majlis berlangsung, Tabung Gaza Parlimen Malaysia telah dilancarkan untuk membantu penduduk Gaza yang ketika ini menjadi mangsa kekejaman rejim Israel. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
 
Selain itu, majlis sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Band 1Parlimen. Walaupun sambutan kali ini diadakan dalam suasana sederhana, namun kemeriahannya tetap dirasai bersama. Sambutan ini tamat kira-kira jam 1:30 petang.
 


Kemaskini terakhir pada: 18 Ogos 2014 | Hits: 10170

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 08/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my