background
btn w3c space
btn pdf btn_flash space
btn_rectblue btn_rectgreen btn_rectred space btn_txtsizenormal btn_txtsizesmaller btn_txtsizebigger close
 spacer Bahasa Malaysia | English  spacer Selasa, 28 Mac 2017 12:33 PM  spacer
logo
Polisi e-Penyertaan
Polisi e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Parlimen Malaysia.
 
Parlimen Malaysia sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Parlimen Malaysia meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan serta perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik dan tadbir urus yang teratur.
 
Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan orang awam dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Oleh yang demikian, Parlimen Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan pautan ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
 
Kemaskini Terakhir pada: 26 Mei 2016  Spacer | Spacer Hits: 776
 Spacer
Bancian
Ikuti Kami

Facebook ParlimenRSS

Hubungi Kami


Parlimen Malaysia,
Bangunan Parlimen,
50680, Kuala Lumpur.

Tel : +(603) 2072 1955 /
      +(603) 2601 7222
Faks : +(603) 2072 7436

Emel :

Pengunjung Portal:
Semasa:23
Hari Ini:3872
Minggu Ini:10985
Bulan Ini:157901
Tahun Ini:389734
Tahun Lepas:1047021
Keseluruhan:13374491
Sejak:2009
Kemaskini Terakhir pada: 24/03/2017.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2017 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.334 saat
Versi Paparan Penuh