Jumaat, 13 November 2015 – Bahagian Penyelidikan serta Bahagian Senggara Fasiliti dan Landskap telah menganjurkan perhimpunan bulanan bagi bulan September dan Oktober 2015 yang diadakan Bilik Taklimat, Blok Sementara Parlimen Malaysia.
YB Senator Datuk Doris S. Brodie, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sedang menyampaikan ucapan amanat kepada warga Parlimen Malaysia
YB Senator Datuk Doris S. Brodie, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara telah dijemput untuk menyampaikan ucapan amanat kepada warga Parlimen Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Awang Alik Jeman (Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia), YBhg. Datuk Roosme Hamzah (Setiausaha Dewan Rakyat) dan Yang Berusaha Encik Riduan Rahmat (Setiausaha Dewan Negara).
YB Senator Datuk Doris S. Brodie berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada Encik Mohamed Fuad Ibrahim, Pengawal Keselamatan yang telah bersara wajib pada 6 November 2015 sambil diperhatikan oleh YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, YBhg. Datuk Roosme Hamzah dan YBhg. Datuk Zamani Hj Sulaiman
Satu kejutan sambutan hari lahir YB Senator Datuk Doris S. Brodie telah diadakan sebelum perhimpunan bulanan berakhir. Majlis tamat kira-kira jam 10 pagi.
YB Senator Datuk Doris S. Brodie meniup lilin dan memotong kek sempena hari lahir beliau yang kebetulan jatuh pada hari perhimpunan bulanan tersebut