PERDANA MENTERI LANCAR BUKU YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KE-16
control 1control 2control 3
KUALA LUMPUR, 22 April – Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan buku nukilan YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Abu Zahar Ujang 'Yang di-Pertua Dewan Negara ke-16' malam ini yang memaparkan pengalamannya selama enam tahun sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.


Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama isteri YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor bergambar kenang-kenangan pada Majlis Tamat Tempoh Perkhidmatan YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Abu Zahar Ujang dan Pelancaran Buku 'Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-16'

Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Abu Zahar yang telah membantu melancarkan perjalanan demokrasi negara dengan cemerlang sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara. 

Perdana Menteri berkata sebagai Speaker, Abu Zahar dapat mengawal Dewan Negara sehingga para Senator dapat melontar idea dan pandangan bernas walaupun berbeza pendapat. Beliau telah berjaya melaksanakan peranan sebagai Speaker Dewan Negara selama dua penggal bermula 26 April 2010 sehingga badan perundangan negara itu tidak hanya dianggap sebagai 'rubber stamp' semata-mata.

 
Perdana Menteri ketika menyempurnakan acara pelancaran buku 'Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-16'
 
"Ketokohan dan ketegasan beliau sebagai Speaker Dewan Negara, walaupun kadang-kadang nampak garang tapi sentiasa adil dan seimbang dalam membuat keputusan.

"Ini penting kerana sebagai Speaker, bukan sahaja perlu mendapatkan kepercayaan daripada pihak kerajaan tapi juga daripada pembangkang supaya insitusi dan peranan Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat sebagai badan perundangan negara berwibawa dan benar-benar mewakili rakyat," katanya pada Majlis Tamat Tempoh Perkhidmatan YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Abu Zahar Ujang dan Pelancaran Buku 'Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-16' di sini.
 

Perdana Menteri melihat buku 'Yang di-Pertua Dewan Negara Ke-16' sambil diperhatikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
 
Perdana Menteri ditemani isteri YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor.

Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Rakyat YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, serta beberapa menteri kabinet, timbalan menteri, anggota Parlimen dan Senator.

Abu Zahar, 72, akan menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara pada 25 April ini.

Kemaskini terakhir pada: 3 Mei 2016 | Hits: 9689

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my