PERDANA MENTERI RASMIKAN PERHIMPUNAN AGUNG AIPA KE-36
control 1control 2control 3
Rabu, 9 September 2015 - YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Hj. Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Presiden AIPA, YB Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan ketua-ketua delegasi dari negara-negara yang terlibat.
 

Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) mengetuk Gavel AIPA ketika merasmikan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) di Hotel Shangri-la, Kuala Lumpur. Turut serta ialah Presiden AIPA ke-36 YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia (kiri) yang juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (kanan) memberi tepukan kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib

 
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata para anggota Parlimen ASEAN perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam mengetengahkan manfaat yang boleh dinikmati rakyat daripada inisiatif ASEAN yang lebih inklusif dan berpaksikan rakyat di negara masing-masing. Selain itu, mereka juga perlu mengambil peluang untuk memanfaatkan hubungan secara langsung dengan pengundi mereka dan juga di Parlimen untuk menyampaikan apa makna ASEAN ke arah pembentukan sebuah masyarakat serantau yang padu dari segi politik, mantap di segi ekonomi dan bertanggungjawab dari segi sosial.

Perhimpunan yang bermula 6 hingga 12 September itu membawa tema 'Membabitkan Komuniti ASEAN yang Berpaksikan Rakyat, Berorientasikan Rakyat Ke arah Keterangkuman'. Sambil membawa para hadirin menyelami tema perhimpunan itu, Perdana Menteri berkata penyertaan rakyat dalam penubuhan Komuniti ASEAN yang bersatu menjelang akhir tahun 2015 adalah penting bagi ASEAN untuk menjadi sesuatu yang boleh dihayati, menjadi sebahagian dan yang dimiliki mereka.

Di samping itu, beliau turut menyatakan bahawa sebahagian daripada usaha menjadikan ASEAN yang berorientasikan rakyat, berpaksikan rakyat dan inklusif adalah untuk memastikan bahawa perlindungan hak-hak asasi manusia dan penambahbaikan dalam kualiti hidup diperluaskan kepada setiap orang.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib turut menegaskan bahawa AIPA, yang sebelum ini AIPO - organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1977 sebelum mengubah dirinya menjadi suatu perhimpunan pada tahun 2007 - telah melakukan tugas yang cemerlang dalam menyokong matlamat ASEAN dan membantu meletakkan mereka ke dalam tindakan di peringkat kebangsaan.

Kemaskini terakhir pada: 17 September 2015 | Hits: 10261

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my