PEMBENTANGAN BAJET 2016
control 1control 2control 3
Isnin, 26 Oktober 2015 -  YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah membentangkan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia bermula pada jam 4 petang.
 

Perdana Menteri Malaysia bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, memegang Buku Laporan Pembentangan Bajet 2016 sambil diiringi oleh Menteri Kewangan II dan Timbalan Menteri Kewangan II.

Pembentangan bajet pada kali ini adalah bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' yang menggariskan 5 tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

Agenda yang dibawakan dalam pembentangan ini disifatkan sebagai terbaik kerana ia mengambil berat perihal golongan berpendapatan rendah sekaligus memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam mendengar rintihan dan keluhan rakyat. Pemberian Bantuan Rakyat Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga masih diteruskan untuk mengurangkan beban individu yang tidak berkemampuan.

Pelbagai manfaat lain juga telah dibawakan dalam Bajet 2016. Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dan ia penting sebagai penanda aras kepada hala tuju negara pada masa depan.

Kemaskini terakhir pada: 28 Oktober 2015 | Hits: 11124

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my