Majlis perpisahan bagi tiga anggota Dewan Negara yang tamat tempoh perkhidmatan telah diadakan di Bilik Jamuan, Bangunan Parlimen. Mereka yang diraikan ialah Dato' Seri Idris Jala, Datuk Muhammad Olian Abdullah dan Dr Syed Husin Ali.
YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang menyampaikan ucapan alu-aluan di majlis tersebut
Terdahulu dalam ucapannya, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang menyifatkan tiga senator berkenaan sebagai anggota dewan yang cemerlang dan telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.
YBhg. Dato' Seri Idris Jala
Idris iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dilantik sebagai senator pada 1 Sept 2009 dan dilantik semula untuk penggal kedua pada 3 Sept 2012.
YBhg. Datuk Muhammad Olian Abdullah
YBhg. Dr Syed Husin Ali
Muhammad Olian dan Syed Husin masing-masing dilantik sebagai senator pada 10 Dis dan 17 Dis 2012.