LAWATAN PEJABAT DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH KE PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Jumaat, 29 Ogos 2014- Pejabat Dewan Undangan Negeri Kedah telah mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia dan diketuai oleh Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah iaitu YBhg. Tuan Hj. Syed Isa bin Syed Ibrahim bersama-sama 27 orang pegawai dan kakitangannya. Lawatan tersebut bermula pada jam 9 pagi dan turut disertai oleh YBhg. Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara dan pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia.
 

Setiausaha Dewan Rakyat bergambar bersama-sama Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah dan pegawai-pegawai dari Pejabat Dewan Undangan Negeri Kedah
 
Rombongan ini telah disambut di Blok Dewan dan di bawa melawat ke Dewan Persidangan. Seterusnya, lawatan ke Bilik Audio Visual, Seksyen Penyata Rasmi juga telah diadakan dan ini sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada ahli rombongan mengenai sistem Multimedia Indexing Minute (MIM) yang digunakan untuk menghasilkan hansard. Penerangan juga telah diberikan oleh Pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat.

Selain itu, pegawai dan kakitangan Pejabat Dewan Undangan Negeri Kedah juga telah dibawa melawat ke Perpustakaan Parlimen Malaysia dan seterusnya ke Galeri Parlimen. Lawatan ke Galeri Parlimen memberi peluang kepada ahli rombongan untuk melihat gambar-gambar lama Bangunan Parlimen Malaysia juga bahan-bahan pameran yang lain yang pernah digunakan semasa Persidangan Dewan.

Taklimat ringkas mengenai Parlimen Malaysia turut diberikan oleh YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara di Dewan Negara, Blok Utama. Taklimat ini sedikit sebanyak memberi informasi kepada ahli rombongan tentang pentadbiran Parlimen Malaysia serta menyentuh mengenai pengurusan dewan. Sesi soal jawab ringkas turut diadakan dan memberi peluang kepada ahli rombongan dan pegawai-pegawai Parlimen bertukar-tukar pendapat.

Sesi lawatan tersebut telah diakhiri dengan upacara penyampaian cenderamata yang telah disempurnakan oleh YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disusuli dengan jamuan ringan di Lounge Dewan Negara. Lawatan tersebut tamat kira-kira jam 11.30 pagi.

Kemaskini terakhir pada: 11 September 2014 | Hits: 11160

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my