PRESIDEN MASJID GRANADA KUNJUNGI YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang pada Selasa menyeru rakyat Malaysia membantu menjayakan misi masyarakat Islam di Sepanyol untuk membina sebuah masjid di Seville, Sepanyol. Beliau membuat seruan itu selepas menerima kunjungan hormat daripada Presiden Masjid Granada Sepanyol Malik Abderahman dan Pengarah Yayasan Masjid Seville Ibrahim Hernandez serta anggota delegasi mereka di bangunan Parlimen.
 

Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (kanan) melihat lakaran masjid yang akan dibina di Seville, Sepanyol ketika menerima kunjungan hormat Presiden Masjid Granada, Malik Abderahman, yang mewakili Komuniti Islam Sepanyol, di Parlimen. Pertemuan itu adalah sebahagian daripada usaha Yayasan Komuniti Islam Sepanyol untuk mengumpul dana bagi membina Masjid dan Pusat Komuniti di Seville, Sepanyol.
 
Beliau juga berkata dalam perjumpaan selama 40 minit itu, Malik menyuarakan hasratnya untuk mendapatkan bantuan kewangan secara formal daripada rakyat Malaysia, termasuk orang ramai dan sektor swasta untuk membina masjid berkenaan yang berharga 17 juta euro (RM71.2 juta).

"Saya dan beberapa rakan di Parlimen akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka. Kami bercadang untuk memberi sedikit sumbangan. Ia datang daripada hati kami untuk membantu umat Islam di Seville mempunyai masjid sendiri," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Abu Zahar berkata setiap orang dan pertubuhan di Malaysia dialu-alukan memberi sumbangan kewangan bagi menjayakan pembinaan masjid itu. Menurut beliau, walaupun umat Islam hanya berjumlah dua juta daripada keseluruhan 50 juta penduduk Sepanyol, mereka mengamalkan ajaran Islam sama seperti umat Islam di Malaysia.

Malik pula berkata "Bagi kami, projek ini bukan hanya sebuah masjid, tetapi kami ingin menjadikannya sebuah pusat bagi umat Islam dan bukan Islam di Sepanyol untuk menjalin hubungan. Ini kerana, walaupun kami (umat Islam) merupakan golongan minoriti, kami bekerjasama dengan semua masyarakat di Sepanyol, termasuk dalam bidang pendidikan dan ekonomi".

Turut bersama-sama di dalam kunjungan hormat tersebut ialah YB Senator Datuk Doris Sophia Ak Brodi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, beberapa anggota Dewan Negara serta YBhg.Datuk Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Kunjungan ini diakhiri dengan majlis jamuan makan tengah hari meraikan kehadiran delegasi ini.

Kemaskini terakhir pada: 3 Mac 2015 | Hits: 10205

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my