KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN PEJABAT PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Isnin, 21 April 2014 – Kursus Pengurusan Keselamatan Pejabat anjuran Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Inovasi, Bahagian Pengurusan telah diadakan pada 15 hingga 17 April 2014 bertempat di Bilik Taklimat, Parlimen Malaysia. Kursus tersebut telah dihadiri oleh 55 orang pegawai dan kakitangan Parlimen Malaysia
 

Encik Mohamad Foudzli Abdullah, Setiausaha Bahagian Keselamatan Parlimen Malaysia merupakan salah seorang penceramah di dalam kursus ini
 
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga Parlimen mengenai pengurusan keselamatan pejabat yang merangkumi keselamatan fizikal, dokumen, ICT dan peribadi. Pada hari pertama kursus, Encik Mohd Redzuan Haji Ruzali, Penolong Pegawai Keselamatan Kanan, Parlimen Malaysia telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif ancaman keselamatan di pejabat kerajaan. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif keselamatan fizikal.
 

Sebahagian kakitangan Parlimen Malaysia yang mengikuti kursus ini
 
Pada hari kedua, Encik Mohamad Foudzli Abdullah, Setiausaha Bahagian Keselamatan Parlimen Malaysia telah menyampaikan ceramah mengenai keselamatan dokuman. Melalui ceramah ini, para peserta didedahkan dengan pengurusan dokumen dari segi menerima, memproses, menyimpan, menghantar,menilai dan melupus dokumen tersebut. Proses pengelasan semula dan pengendalian Buku Daftar Rahsia Rasmi turut di ajar kepada para peserta.
 

Encik Mohd Redzuan Haji Ruzali, Penolong Pegawai Keselamatan Kanan menerima cenderamata dari Puan Nur Hafiza selaku urusetia kursus ini
 
Pada hari terakhir kursus, para peserta telah didedahkan dengan Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif keselamatan ICT dan keselamatan peribadi. Ia membantu para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam cara untuk meningkatkan kualiti keselamatan peribadi selaras dengan undang-undang, pekeliling dan arahan kerajaan. Di akhir kursus, para peserta turut diberikan kajian kes untuk meningkatkan pemahaman para peserta. Kursus ini tamat kira-kira jam 4.30 petang.

Kemaskini terakhir pada: 23 April 2014 | Hits: 11634

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my