Biro Kebudayaan dan Kesenian, PUSPANITA Cawangan Kecil Parlimen Malaysia telah mengadakan Program Lawatan ke Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, diketuai oleh Puan Normala binti Ismail, AJK Biro Kebudayaan dan Kesenian Puspanita Cawangan Kecil Parlimen Malaysia.
Program lawatan ini bertujuan bagi memberi peluang kepada warga Parlimen Malaysia untuk mengenali dengan lebih dekat peranan dan fungsi Sekolah Seni Malaysia, Kuala Lumpur bagi melahirkan generasi muda yang berbakat dalam bidang seni dan kebudayaan. Program ini juga diharapkan dapat memberikan pendedahan berkaitan pendidikan seni serta aktiviti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah.
18 September 2026 I 10:00 pagi I Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur
Foto: Julie