ENGKU NAIMAH ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Jumaat, 6 November 2015 – Timbalan Pengerusi Penerangan Wanita UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, YB Senator Engku Naimah Engku Taib telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang pada jam 10 pagi tadi.
 

YM Engku Naimah Engku Taib menandatangani warkah perlantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara.
 
Beliau yang dilantik sebagai Senator atas tiket Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk penggal pertama akan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini.  

YB Engku Naimah Engku Taib, 57, merupakan pemegang Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Putra Malaysia dan Diploma Perguruan Malaysia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau pernah berkhidmat di sektor awam sebagai Guru Besar di empat buah sekolah yang berlainan dari tahun 1997 hingga 2013 sebelum bergiat aktif dalam arena politik.

Sementara itu, dalam ucapan ringkas Yang di-Pertua Dewan Negara, beliau membuat teguran kepada Ahli-Ahli Dewan Negara yang telah dipilih agar mematuhi dan menghormati semua Peraturan Mesyuarat dan Peruntukan Perlembagaan Negara. Beliau turut menegaskan bahawa “Justice must not only said to be done but it must be seen to be done” selari dengan prinsip dan proses asas keadilan perundangan.

Upacara mengangkat sumpah tersebut turut dihadiri oleh sembilan orang Senator Ahli Dewan Negara sebagai saksi dan pegawai-pegawai kanan Parlimen Malaysia. Majlis tamat kira-kira jam 10.30 pagi.

Kemaskini terakhir pada: 19 November 2015 | Hits: 10942

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my