UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
Isnin, 8 Disember 2014 – Ketua Pemuda UMNO Negeri Melaka, YB Senator Tuan Zali Mat Yasin dan Setiausaha Organisasi, MCA Kebangsaan, YB Senator Datuk Yoo Wei How telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara pada jam 10 pagi tadi.
 

YB Senator Tuan Zali Mat Yasin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
Sementara itu, bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, YB Senator Datuk Lihan Jok juga telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal kedua di hadapan YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.

YB Senator Tuan Zali Mat Yasin, 41 tahun merupakan Yang di-Pertua, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Melaka. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pengurusan, Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang dan seterusnya menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan (Hons.) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak pada tahun 2005. Selain itu, beliau turut pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah, Majlis Sukan Negeri Melaka pada tahun 2013.
 

YB Senator Datuk Yoo Wei How menandatangani watikah pelantikan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara
 
YB Senator Datuk Yoo Wei How, 41 tahun merupakan Pengarah Eksekutif, Trans Inn Sdn.Bhd. Beliau telah menlanjutkan pelajaran di peringkat diploma dan sarjana di Institute of Profesional Manager and Administration, United Kingdom. Selain itu, beliau turut pernah menjadi setiausaha akhbar dan setiausaha sulit kepada beberapa menteri sejak tahun 1999 di antaranya ialah Menteri Sumber Manusia, Menteri Pengangkutan dan juga Menteri Kesihatan.
 

YB Senator Datuk Lihan Jok mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara
 
YB Senator Datuk Lihan Jok, 57 tahun berasal dari Baram,Sarawak. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan dari tahun 2001 hingga 2011. Beliau pernah melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1991 hingga 1994. Sejak tahun 2007, beliau telah dilantik sebagai salah seorang ahli Jawatankuasa Pendidikan Dayak Cultural Foundation dan penglibatan beliau banyak menyumbang idea untuk membangun kebudayaan dan pendidikan golongan anak-anak Dayak di Sarawak. Selain itu, beliau turut dianugerahkan sebagai Tokoh Belia Negeri Sarawak oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2004.
 

Kemaskini terakhir pada: 9 Disember 2014 | Hits: 12150

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my