DELEGASI MULA TIBA UNTUK HADIRI AIPA KE-36
control 1control 2control 3
SEPANG, 6 September 2015 (Parlimen Malaysia) – Delegasi Negara Brunei Darussalam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi ini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-36 yang bermula esok.
 

YB Datuk Haji Ismail bin Mohamed Said ketika mengiringi Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman Bin Dato Setia Haji Mohd Taib, Yang di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam ketika tiba di KLIA pagi ini.
 
Brunei diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman Bin Dato Setia Haji Mohd Taib, Yang di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam.
 
YB Datuk Haji Ismail bin Mohamed Said, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan isteri YBhg. Datin Norazimah Abd. Mubin serta Ahli Parlimen Kangar dan Limbang hadir bagi meyambut ketibaan delegasi pertama ini.
 
Sementara itu, Speaker-speaker Parlimen Negara ASEAN beserta hampir 300 delegasi bakal berkumpul di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur demi membincangkan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa demi kepentingan bersama rantau ASEAN.
 
Mesyuarat AIPA yang berlangsung enam hari dan berakhir 12 September 2015, merupakan salah satu landasan yang akan memuktamadkan penubuhan rasmi Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang hujung tahun ini.
 


Kemaskini terakhir pada: 7 September 2015 | Hits: 10134

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.041 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my