UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA | 16 MEI 2024
control 1control 2control 3
Sekalung tahniah diucapkan kepada dua orang Ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah di hadapan YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Ahli-ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah seperti berikut :

i) YB Senator Tuan Robert Lau Hui Yew - Lantikan semula Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 9.5.2024.

ii) YB Senator Tuan Nelson W Angang - Lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 9.5.2024.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengalu-alukan pelantikan kedua-dua Ahli Dewan Negara dan mengingatkan senat Dewan Negara dimartabatkan sebagai badan legislatif tertinggi negara dan melontarkan idea, pandangan serta cadangan yang benar-benar bebas daripada pengaruh peribadi dan politik dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang atau usul.

Persidangan Dewan Negara turut bertafakur seketika selepas selesai upacara mengangkat sumpah bagi memperingati mendiang YB Senator Datuk Mutang Tagal merupakan Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20 yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Mei 2024 lalu.

YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Dewan Negara kepada ahli keluarga mendiang atas kehilangan insan tersayang. Semoga tabah dan sabar dengan ujian ini.

Hadir bersama ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
16 Mei 2024

Kredit Foto: Hazirah | Daniel

Kemaskini terakhir pada: 17 Mei 2024 | Hits: 7860

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 01/06/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.036 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my