TYPDR I TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI MPR REPUBLIK INDONESIA
control 1control 2control 3
KUALA LUMPUR, 25 Mei – Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (TYPDR I) YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee hari ini menerima kunjungan hormat 22 anggota delegasi Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia (MPR RI) di The Majestic Hotel, di sini.



Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bersalaman dengan Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia TYT Dr. Zulkifli Hasan yang membuat kunjungan hormat di ibu negara.
 

Delegasi itu, yang diketuai Ketua MPR RI TYT Dr. Zulkifli Hasan, bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Indonesia.

YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata dalam pertemuan 45 minit itu, mereka turut membincangkan pelbagai perkara yang membawa kebaikan bersama seperti pertukaran tenaga kerja dan sempadan wilayah antara kedua-dua negara.

 


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berbincang bersama Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia TYT Dr. Zulkifli Hasan ketika menerima kunjungan hormat republik itu.


"Dalam soal tenaga kerja, mereka (Indonesia) inginkan tenaga kerja mereka di Malaysia dijaga dengan baik. Mereka juga ingin mengetahui bagaimana Malaysia membangunkan masyarakat Bumiputera" katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan itu.
 


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Ketua Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia TYT Dr. Zulkifli Hasan.


Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Duta Besar Indonesia ke Malaysia TYT Herman Prayitno.
 


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee bergambar kenangan bersama sebahagian delegasi Majelis Permusyawaratan Rakyat Republik Indonesia di akhir kunjungan hormat berkenaan.


Delegasi MPR RI itu dalam rangka lawatan suai kenal ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini, anjuran Kementerian Luar Malaysia.


Kemaskini terakhir pada: 8 Jun 2016 | Hits: 8982

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.028 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my