Kertas Statut 235 Tahun 1983
Kertas Statut 235 Tahun 1983
MALAYSIA

DIKEMUKAKAN DALAM DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA

MENURUT STATUT

AKTA AHLI PARLIMEN  (SARAAN) 1980
(Akta 237)
Menurut  seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, Yang di-Pertuan Agong   
dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan  keistimewaan-keistimewaan 
bagi AHLI PARLIMEN adalah dinyatakan atas  kadar-kadar dan syarat-syarat yang  
ditetapkan di bawah ini;
1A.     Elaun Mesyuarat                                                                                                                  ST. 174/03 Mdt. 1.10.2003
          a) Elaun  ini dibayar  pada kadar RM200  sehari  kerana
              menghadiri  persidangan Majlis Parlimen. 
          b) Elaun ini dibayar pada kadar RM150 sehari  kerana
              menghadiri  mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan
              lain-lain      yang      dianjurkan      secara      rasmi       oleh
              Kementerian/Agensi Kerajaan di peringkat  Persekutuan
              atau Negeri yang daripadanya Ahli  Parlimen menerima
              undangan rasmi untuk menghadirinya. 
          c) Ahli Parlimen layak untuk dibayar satu elaun  mesyuarat
              sahaja bagi mesyuarat yang dihadiri  oleh Ahli Parlimen itu
              pada hari yang sama di bawah  subperenggan (a) atau (b).


1B.     Elaun Keraian

           Elaun ini layak  dibayar sebanyak RM1,500.00 sebulan                                                      ST. 174/03 Mdt. 1.10.2003
1C.    Bayaran Khas
          
          a)Bayaran ini dibayar kepada Ahli  Dewan Negara pada kadar RM 750 sebulan

          b)Bayaran ini dibayar kepada Ahli  Dewan Rakyat pada kadar RM 1,500 sebulan.             ST. 179/06 Mdt. 1.05.2006

          c)Bayaran ini dibayar  kepada Ahli Parlimen kecuali Anggota Pentadbiran seperti 
             yang ditakrifkan di  bawah fasal (2) perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.                      

2.      Elaun Hidup Harian semasa bertugas rasmi ST. 174/03 Mdt. 1.10.2003
a) Suatu elaun berjumlah RM150 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi di luar Malaysia.
        b) Suatu elaun yang berjumlah RM100 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian  
            darinya dibayar apabila bertugas  rasmi -

                         (i) di suatu tempat  yang jaraknya tidak kurang daripada 32 km 
                              pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen;  atau
                         (ii) bagi menghadiri persidangan  Majlis Parlimen tanpa mengambil 
                              kira jarak daripada pejabat / tempat kediaman Ahli  Parlimen.
3.     Elaun Makan semasa bertugas rasmi di luar  Malaysia                                                       ST. 174/03 Mdt. 1.10.2002
                         
        Elaun ini dibayar berasaskan Pekeliling  Perbendaharaan yang berkaitan 
        dan apa-apa pindaan kepadanya pada apa-apa kadar dan atas  apa-apa 
        terma dan syarat yang diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 di bawah  
        Sistem Saraan Malaysia.

4.    Bayaran Sewa Hotel semasa Bertugas Rasmi
        a) Bayaran   Sewa   Bilik    Hotel  yang  dilakukan    apabila                                                  ST. 174/03 Mdt. 1.10.2003
            bertugas  rasmi di luar Malaysia hendaklah berasaskan
            Pekeilling  Perbendaharaan yang berkaitan dan apa-
            apa  pindaan kepadanya pada apa-apa kadar dan atas
            apa-apa  terma    dan   syarat  yang   diberikan   kepada
            Pegawai  Kerajaan Gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia. 
        b)Jika menjadi perlu bagi  seseorang Ahli Parlimen bermalam di luar 
           pejabat atau tempat kediaman semasa  bertugas rasmi di Malaysia, 
           bayaran sewa hotel yang kena dibayar tidak boleh  melebihi RM350 
           semalam dan hendaklah disokong dengan resit. Apa-apa caj atau  
           cukai perkhidmatan yang dikenakan berkenaan dengan sewa hotel, 
           boleh dituntut  sebagai tambahan kepada kelayakan maksimum dengan 
           syarat bahawa caj tersebut  dimasukkan ke dalam bil sewa hotel itu. 


           Bagi maksud ini, ungkapan “di luar  pejabat atau tempat kediaman” 
           ertinya jarak di luar lingkungan 32km (20 batu) dari  pejabat atau 
           tempat kediaman”.
      c) Jika tidak menginap di hotel, Elaun Lojing pada kadar
           RM80 semalam dibayar tanpa memerlukan sokongan
           apa-apa  resit. 


5.    Belanja Pelbagai.
       
       Belanja Pelbagai bagi perjalanan rasmi kerana  menjalankan tugas rasmi
       atau mesyuarat rasmi sebagai Ahli Parlimen layak dituntut seperti berikut-

       a) tambang pengangkutan  awam jika tidak menggunakan kereta  sendiri;
          
       b) bayaran talipon dan taligram atas urusan rasmi; 
       c) belanja  dobi  yang   disokong   dengan  resit   semasa
           menginap  di hotel; 
       d) bayaran cukai lapanganterbang yang disokong dengan resit; 
       e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang  rasmi
           yang disokong dengan resit. 
       f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll"  yang
          disokong  dengan resit; 
      g) 25% dari Elaun Makan bagi maksud bayaran "Tips"  "gratuities"  dan 
          "porterage" semasa bertugas rasmi di luar Malaysia. 
      h) 3% daripada jumiah  tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai 
          gantirugi berkaitan penukaran matawang asing.


6.   Elaun Perjalanan Kenderaan
       
      a) Jika menggunakan kereta sendiri, Elaun Perjalanan Kenderaan   
          kerana    menjalani   tugas   rasmi    atau; menghadiri mesyuarat 
          rasmi sebagai  Ahli  Parlimen layak dituntut menurut kadar  
          hitungan yang tertinggi sekali bagi Kelas A untuk pegawai Kerajaan.
     b) Jika tidak menggunakan kereta sendiri bagi   maksud
         di  perenggan   kecil  (a),   bayaran tambang  sebenar
         pengangkutan  awam layak dituntut. 
     c) Seorang   ahli   hanya    berhak   kepada   satu    elaun
         perjalanan   jika    mesyuarat   dan   tugas    itu   kurang
         daripada  28 hari dan jika tempoh itu 28 hari atau lebih
         maka   ahli    itu   berhak   kepada   elaun    perjalanan
         tambahan  dikira satu elaun pada tiap-tiap 14 hari ia
         menghadiri  mesyuarat itu, termasuk hari cuti atau hari
         penangguhan  di dalamnya.    Tetapi syarat ini tidak
         menyentuh    hak     seseorang    ahli    yang     tempat
         kediamannya     atau      penginapannya     di     dalam
         lingkungan 32 km (20 batu) ke tempat mesyuarat atau
         tugas rasmi itu. 
7.  Cara mengemukakan tuntutan                                                                                                 ST.174/03 Mdt.1.10.2003
                            
      Apabila mengemukakan tuntutan mengenai  perkara-perkara                   
      dalam perenggan 1 hingga 6 di atas, satu  safinan surat panggilan 
      mesyuarat atau surat arahan menjalani tugas rasmi    hendaklah     
      dikepilkan    bersama    dengan     borang tuntutan.
8.   Kelayakan Perjalanan
       a) Layak untuk tiket kapalterbang  Kelas   Bisnes  bagi perjalanan  rasmi.                             ST. 85/97 mdt. 1.11.96

       b) Layak dibekalkan 2 Pas Kereta Api percuma bagi  Kelas  Satu termasuk                            ST.97/96 mdt. 27.2.96 
           tempat tidur.
       
       c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan adalah diberi.                                   ST. 97/96 mdt. 27.2.96

       d) semasa    Parlimen   bersidang,   Ahli    Parlimen   layak dibayar  tambang                        ST.97/96 mdt. 27.2.96
           pergi balik ke Negeri masing-masing pada   setiap    hujung   minggu.     
           Ahli    Parlimen   bagi Semenanjung  Malaysia, layak dibayar tambang pergi
           balik  atau    elaun   perjalanan   kenderaan    seperti   diperenggan    kecil
           6(a)   dengan    syarat     Bahagian Pilihanraya   Parlimen  ahli    Parlimen  
           adalah  di    luar lingkungan  32 km (20 batu) dari Bangunan Parlimen.
           Bayaran  tambang atau elaun perjalanan kenderaan akan  diberikan yang 
           sama nilainya dengan 3 hari elaun   hotel    dan   3   hari    elaun   hidup   
           harian    atau tambang pergi balik sebenar, yang mana lebih  tinggi.  

9.    Elaun Bulanan Tetap Perjalanan
   
        a)Elaun ini dibayar kepada Ahli  Dewan Negara pada kadar RM750 sebulan                       ST. 179/06 Mdt. 1.05.2006
           tanpa perlu mengemukakan apa-apa  tuntutan.

        b)Elaun ini dibayar kepada Ahli  Dewan rakyat pada kadar RM 1,500 sebulan 
           tanpa perlu mengemukakan apa-apa  tuntutan.

        c) Ahli Dewan Negara dan Ahli  Dewan Rakyat tidak layak membuat tuntutan 
          bagi Elaun Mesyuarat dalam perenggan  1A, Elaun Hidup Harian dalam  
          perenggan 2, Elaun Makan dalam perenggan 3, Bayaran Sewa Hotel dalam 
          perenggan  4, Belanja Pelbagai dalam perenggan 5 dan Elaun Perjalanan 
          Kenderaan dalam  perenggan 6 bagi bulan tertentu melebihi kadar Elaun
          Bulanan tetap Perjalanan  sebanyak RM750 sebulan dan RM 1,500 sebulan 
          masing-masing bagi Ahli Dewan  Negara dan Ahli dewan Rakyat. 

       d)Jika jumlah tuntutan Elaun  Mesyuarat dalam perenggan 1A, Elaun Hidup 
          Harian dalam perenggan 2, Elaun Makan dalam  perenggan 3, Bayaran Sewa 
          Hotel dalam perenggan 4, Belanja Pelbagai dalam  perenggan 5 dan Elaun 
          Perjalanan Kenderaan dalam 6 bagi bulan tertentu melebihi  RM750 dan 
          RM 1,500 masing-masing bagi Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat,  
          pengemukaan tuntutan elaun hendaklah disokong dengan resit dan surat 
          jemputan  dan amaun yang dibayar balik ialah perbezaan antara Elaun Bulanan 
         Tetap  Perjalanan dengan jumlah tuntutan yang dibuat. 
10.  Elaun Tetap Pemandu Kereta

        Elaun Bulanan Tetap Pemandu Kereta  sebanyak RM1,200 sebulan layak dibayar               ST.179/06 Mdt. 1.05.2006
        tanpa mengemukakan bukti menggaji pemandu kereta.

11.  Elaun Pakaian Panas

        Ahli Parlimen yang dikehendaki  menghadiri suatu tugas rasmi di Negara yang 
        beriklim sederhana berhak untuk menuntut Elaun  Pakaian Panas berasaskan 
        apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang  dinyatakan dalam 
        Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan kepadanya.

11A .Elaun Pakaian Rasmi Istiadat
       Suatu Elaun Pakaian Rasmi Istiadat  dibayar pada kadar RM1,000 atas 
       apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling  Perkhidmatan
       yang berkenaan atau apa-apa pindaan kepadanya.

12.   Lesen Kenderaan Motor Percuma                                                                                       ST. 174/03 Mdt. 1.10.2003
                         
        Ahli Parlimen layak mendapat satu Lesen  Kenderaan Motor percuma bagi 
        sebuah kereta sahaja dengan syarat kereta itu didaftarkan di bawah  nama 
        Ahli Parlimen itu sendiri.
                         
13.  Lesen Percuma Senjata Api
                        
       Lesen percuma bagi satu senjata api yang  didaftarkan atas nama sendiri 
       adalah dibekalkan.
                         
14.  Lencana Kereta
                         
       Satu lencana kereta percuma layak  dibekalkan untuk digunakan menurut 
       arahan jawatankuasa Dewan Parlimen.

15.  Kad Ahli Parlimen

       Satu kad Ahli Parlimen percuma yang  ditandatangani sendiri oleh Yang 
       di-Pertua Dewan Negara atau Dewan Rakyat yang mana berkenaan, layak  
       dibekal untuk digunakan menurut arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.
                         
16.  Surat-menyurat
       Ahli Parlimen layak menghantar surat  atas urusan Kerajaan atau urusan 
       Parlimen secara percuma di dalam Malaysia menurut peraturan  seperti 
       ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Parlimen.

17.  Warta Kerajaan
Dibekalkan percuma satu naskah Warta Kerajaan Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semasa. 18.  Telefon ST.174/03 Mdt. 1.10.2003
a) Diperuntukkan dengan satu telefon talian terus dalam tempat kediaman persendirian Ahli Parlimen itu.
b) Diperuntukkan dengan satu telefon talian terus di pejabat perkhidmatan.
c) Kos pemasangan dan sewa telefon yang dilakukan berkenaan dengan subperenggan (a) dan (b) ditanggung oleh Kerajaan.
d) Ahli Parlimen layak diperuntukkan dengan sebuah telefon bimbit dengan harga tidak melebihi RM1,500 sekali dalam masa tiga tahun dan hendaklah disokong dengan resit asal pembelian. e)  Suatu  Elaun Telefon  pada kadar RM900 sebulan dibayar tanda                      ST. 179/06 Mdt. 1.05.2006
memerlukan sokongan apa-apa resit.                    
19.   Kemudahan Perubatan

         a) Diberi   kemudahan    rawatan  dan   perubatan    secara
             percuma,    dikecualikan   daripada   bayaran    wad   di
             hospital-hospital    serta     klinik-klinik   Kerajaan    dan
             berkelayakan mendapat tempat di dalam  wad kelas
             satu bilik berseorangan; melainkan di  dalam keadaan
             kecemasan   di    mana   Ahli   Parlimen    itu   terpaksa
             mendapatkan   rawatan    dan   perubatan   di    sesuatu
             hospital  atau    klinik  swasta,   (tetapi   tidak  termasuk
             rawatan    pergigian),    bayaran     mengenainya    serta
             bayaran wad akan dibayar balik oleh  Kerajaan.                     

         b) Ketika berada di luar Malaysia semasa menjalankan
             tugas    rasmi,     Kerajaan    akan    membayar     balik
             sepenuhnya  bayaran rawatan dan perubatan termasuk
             bayaran  wad di hospital tetapi tidak termasuk rawatan pergigian.
         
         c) Seseorang Ahli Parlimen yang memerlukan rawatan khas di   luar 
             Malaysia  layak mendapat  kemudahan atas syarat-syarat yang sama
             seperti  dinikmati oleh pegawai Kerajaan.

        d) Kemudahan perubatan ini dipanjangkan juga  kepada keluarga Ahli   
             Parlimen. Bagi maksud ini  keluarga bermakna-  

                         (i)  isteri atau suami;
                         (ii) anak yang  ditanggung sepenuhnya oleh Ahli Parlimen 
                              dan berumur di bawah 21 tahun kecuali anak-anak  yang 
                              daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani yang 
                              mana had umur ini tidak  dipakai.

20.  Pinjaman Kereta                                                                                                                  ST. 179/06 Mdt.1.05.2006

         a) Ahli    Parlimen   layak   memohon    pinjaman   kereta  sehingga   
             maksimum    RM100,000 sekali dalam tempoh 4 tahun dengan  
             dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% setahun yang dikira atas 
             baki bulanan yang belum  selesai.

         b) Pinjaman    dan    bayaran    perkhidmatan    hendaklah dibayar balik 
             dengan  bayaran yang   sama  banyak jumlahnya  pada   tiap-tiap  
             bulan  dalam   masa  tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta  
             yang baru dan 48 bulan bagi kereta yang sudah dipakai  atau sebelum 
             tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen.

         c) Syarat-syarat dan  peraturan-peraturan lain mengenai pinjaman kereta 
             bagi Ahli Parlimen adalah  seperti ditetapkan  oleh Jawatankuasa 
             Dewan Parlimen.

21.  Pinjaman Perumahan                                                                                                         ST.13/2007 Mdt. 06.12.2006

         a) Ahli Parlimen  layak memohon pinjaman perumahan sehingga maksimum 
             RM360,000 bagi maksud-maksud seperti  berikut:-
                         
                         (i)   membeli tanah dan  rumah yang telah siap dibina;

                         (ii)  membina rumah di atas  tanah sendiri;

                         (iii) membeli tanah dan terus  membina rumah;

                         (iv) menyelesaikannya  pinjaman wang perumahan atau baki 
                               pinjaman yang diambil dari bank atau punca-punca lain yang 
                               disahkan oleh Kerajaan;

                         (v)  membeli tanah  sahaja dengan syarat kadar pinjaman adalah 
                               separuh daripada kelayakannya. Baki  pinjaman layak diberi 
                               apabila hendak mendirikan rumah di atas tanah itu.

         b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidamtan sebanyak 4% 
             setahun yang dikira  atas baki bulanan yang belum selesai.

         c) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:

                          (i) bagi jenis  pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv);
                              tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 25 tahun;
(ii) bagi membeli tanah sahaja, tempoh pembayaran balik adalah tidak mefebihi 12 tahun. d) Pinjaman perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan kelengkapan rumah yang dipasang tetap. e) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan mengenai pinjaman perumahan adalah seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6/1995.


21A.  Pinjaman Komputer

          a) Ahli Parlimen layak memohon pinjaman komputer.                                                        ST 85/97 mdt1.11.96

          b) Amaun pinjaman, terma dan syarat hendaklah sama mengikut  
              amaun dan atas terma dan syarat yang dinikmati  oleh pegawai Kerajaan. 
21B.   Kemudahan Komputer
                         
           Ahli Parlimen layak  untuk diperuntukkan dengan sebuah komputer peribadi                 ST.174/03 Mdt. 1.10.2003
           bagi setiap Penggal  Parlimen. Tuntutan bagi pembelian komputer itu tertakluk 
           kepada had maksimum RM6,000  disokong dengan resit asal pembelian.