SIDANG PERTAMA PARLIMEN BELIA MALAYSIA (PBM) 2016
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 17 Feb - Sidang pertama Parlimen Belia Malaysia (PBM) 2016 yang dihadiri seramai 124 orang Ahli Parlimen Belia Malaysia telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Datuk Haji Ismail Mohamed Said.


Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah semasa bertindak sebagai Yang di-Pertua. Turut kelihatan Setiausaha Dewan Rakyat, YBhg. Datuk Roosme Hamzah.

Kemampuan belia memiliki rumah mampu milik adalah antara tajuk perbahasan Parlimen Belia Malaysia yang bersidang di Dewan Rakyat di sini selama dua hari mulai Rabu.
 

Suasana dewan ketika Persidangan Parlimen Belia Malaysia (PBM) berlangsung

Tiga lagi usul yang telah dibahaskan ialah mengenai langkah menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia, tahap perkhidmatan taska/tadika dan cara meningkatkan keupayaan sara hidup mahasiswa.
 

Ahli Parlimen Belia Malaysia bergambar kenang-kenangan dengan Ahli Parlimen Lenggong, YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah
 
Menurut kenyataan daripada Kementerian Belia dan Sukan, resolusi perbahasan selama dua hari sidang Parlimen itu akan dibawa kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk dipertimbangkan.

Kemaskini terakhir pada: 23 Februari 2016 | Hits: 10843

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 18/09/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my