Siaran Media Yang di-Pertua Dewan Rakyat Serah Watikah Pelantikan Kepada Penasihat Parlimen Belia Malaysia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

       SIARAN MEDIA  

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT SERAH WATIKAH PELANTIKAN KEPADA PENASIHAT PARLIMEN BELIA MALAYSIA


KUALA LUMPUR, 8 Julai 2025Satu majlis rasmi penyerahan watikah pelantikan Penasihat Parlimen Belia Malaysia (PBMy) telah diadakan hari ini di Parlimen Malaysia. Penyampaian watikah pelantikan ini telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Seramai 5 orang tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang  telah dipilih bagi pelantikan ini iaitu:

  1. YBhg. Tan Sri Datuk Seri Borhan bin Dolah - Pengerusi Penasihat
    Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
  2. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad bin Sakdan - Penasihat
    Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.
  3. YBrs. Ts. Khairul Anuar bin Ishak - Penasihat
    Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
  4. YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Noor Haida Mohd Kaus - Penasihat
    Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kimia,Universiti Sains Malaysia
  5. YBhg. Prof. Madya Dr. Hazman Samsudin - Penasihat
    Pengarah Pusat Ekonomi Biru, Universiti Malaysia Terengganu

Dengan pelantikan tokoh berwibawa ini, PBMy dijangka memasuki fasa baru yang lebih progresif dan strategik. Barisan penasihat ini akan dapat membantu merangka hala tuju, memperkukuh latihan kepimpinan serta membina jaringan berimpak tinggi dalam usaha mengangkat suara belia ke peringkat pembuat dasar negara.

Majlis penuh bermakna ini turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Sekretariat Induk PBMy dan pegawai Parlimen sebagai sokongan padu terhadap misi memperkasa kepimpinan generasi muda negara.

 

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA
7 JULAI 2025


Kemaskini terakhir pada: 8 Julai 2025 | Hits: 1356

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.028 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my