Siaran Media Persidangan Dewan Rakyat 2025
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

       SIARAN MEDIA  

PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT 2025


 

KUALA LUMPUR, 23 MEI--Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Majlis bahawa Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Kelima Belas bagi Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Isnin, 23 Jun hingga Khamis, 31 Julai 2025 diubah ke Isnin, 21 Julai hingga Khamis, 28 Ogos 2025. Pemakluman ini adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Perubahan takwim ini adalah bagi membolehkan Kerajaan memuktamadkan unjuran pertumbuhan ekonomi dengan mengambil kira tarif timbal balas Amerika Syarikat sebagai input kepada penyediaan Rancangan Malaysia Ke-13.

 

Tahun 2025 merupakan tahun yang penuh dengan komitmen bagi semua Ahli Yang Berhormat, bukan sahaja dari segi urusan Parlimen di peringkat dalam negeri, malah melalui penglibatan langsung dalam pelbagai persidangan serantau termasuk Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA). Berikut adalah senarai persidangan yang berlangsung sepanjang tahun 2025:

 

TARIKH

PERSIDANGAN

3 Februari – 6 Mac 2025

Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat

21 – 24 April 2025

The 4th Meeting of the Coordinating

Committee of Women Parliamentarians of AIPA

(WAIPA)

5 Mei 2025

Sidang Khas

5 – 8 Mei 2025

The 2nd Consultative Meeting of Young

Parliamentarians of ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (YPA)

 

 

TARIKH

PERSIDANGAN

24 – 27 Mei 2025

The 14th ASEAN-AIPA Leaders' Interface

During The 46th ASEAN Summit And Related Meetings

9 – 12 Jun 2025

The 8th Meeting of AIPA Advisory Council on

Dangerous Drugs (AIPA-COOD)

21 Julai – 28 Ogos 2025

Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat

17 – 22 September 2025

Perhimpunan Agung AIPA

6 Oktober – 4 Disember

2025

Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat

19 – 22 Disember 2025

Persidangan Speaker-Speaker Parlimen & DUN Se-

Malaysia

Mesyuarat-mesyuarat yang berlangsung sepanjang tempoh penangguhan sidang Dewan Rakyat

  • Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)
  • Jawatankuasa Pilihan Khas
  • APPGM (Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia)
  • Kaukus Parlimen

 

Tahun ini juga menyaksikan peningkatan jumlah hari persidangan Dewan Rakyat kepada 78 hari, berbanding 69 hari pada tahun 2024 — membuktikan kesungguhan Parlimen Malaysia untuk memperkukuh proses demokrasi berparlimen.

 

Parlimen Malaysia kekal bersifat bebas daripada sebarang kecenderungan politik dan sentiasa menjunjung kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan utama. Perubahan tarikh ini mencerminkan usaha menjayakan kepimpinan Malaysia di peringkat ASEAN serta memastikan kelancaran persidangan yang akan datang, termasuk penyediaan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).

 

Parlimen Malaysia kekal komited untuk mendukung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keterlibatan rakyat dalam setiap aspek tadbir urus.

 

 

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 23 Mei 2025 | Hits: 2015

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.048 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my