![]() PARLIMEN MALAYSIA KUALA LUMPUR |
SIARAN MEDIA
MALAYSIA TUAN RUMAH PERSIDANGAN AGUNG ANTARA PARLIMEN KE-46: PARLIMEN MENERAJUI ASEAN TERANGKUM DAN MAMPAN
KUALA LUMPUR, 12 September – Tahun 2025 melakar sejarah peranan istimewa Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN di peringkat eksekutif, manakala di peringkat legislatif, Parlimen Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN ke-46 (46th General Assembly of the ASEAN Inter- Parliamentary Assembly (AIPA GA)) dari 16 hingga 22 September 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Dengan tema “Parlimen Menerajui Pembangunan Terangkum dan Mampan ASEAN”, persidangan ini menghimpunkan speaker-speaker dan ahli-ahli Parlimen dari 9 parlimen anggota AIPA, 15 parlimen pemerhati, 6 rakan pembangunan dan 5 negara tetamu. Sidang kali ini menjadi wadah penting untuk membincangkan isu-isu serantau tentang keterangkuman sosial, kelestarian alam sekitar, keselamatan makanan, transformasi digital dan pengukuhan demokrasi.
Kepimpinan berganda Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan Presiden AIPA ini menzahirkan kerjasama cabang eksekutif (ASEAN) dan legislatif (AIPA) ke arah matlamat bersama seiring aspirasi ASEAN Vision 2045: Our Shared Future dan tema ASEAN 2025: “Terangkum dan Mampan”. Pendekatan ini menegaskan bahawa diplomasi parlimen bukan usaha yang terasing, sebaliknya satu komponen signifikan ke arah mencari penyelesaian baharu untuk kemakmuran dan keamanan serantau.
Sebagai Presiden AIPA, Malaysia memberi tumpuan khusus kepada lima bidang utama:
Now & Future 2025 ialah forum dan pameran yang dianjurkan oleh Parlimen Malaysia sempena AIPA GA ke-46 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang bertujuan menghubungkan sektor swasta dengan pembuat dasar ASEAN. Ini merupakan program pertama seumpamanya yang mempertemukan sektor perniagaan dengan penggubal dasar dalam kerangka AIPA. Forum dan pameran ini menampilkan pemimpin parlimen, menteri, sektor korporat serta agensi pembangunan bagi membincangkan isu masa depan ekonomi, kemampanan, digitalisasi dan keterangkuman sosial. Acara ini menegaskan pendekatan Malaysia sebagai Presiden AIPA dan Pengerusi ASEAN 2025 di samping melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai gerbang pembangunan ekonomi dan sosial serantau.
|
TARIKH |
PROGRAM |
|
17 September 2025 (Rabu) |
Roundtable Discussion: Youth in Action |
|
18 September 2025 |
|
|
19 September 2025 |
|
|
20 September 2025 (Sabtu) |
|
|
21 September 2025 (Ahad) |
Belia AIPA ke-5) |
|
17 hingga 20 September 2025 |
sempena AIPA GA ke-46 |
PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
Kemaskini terakhir pada: 12 September 2025 | Hits: 896
www.parlimen.gov.my