Siaran Media Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang Parlimen Malaysia Tahun 2025
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 



   SIARAN MEDIA

   MAJLIS SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN
   DAN KIBAR JALUR GEMILANG PARLIMEN MALAYSIA TAHUN 2025

 

KUALA LUMPUR, 19 OGOS Parlimen Malaysia hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang bertempat di perkarangan Dewan Rakyat. Majlis sambutan ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bersama-sama YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara dan kepada YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebagai simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba.

 

Majlis serba ringkas ini telah diserikan dengan kehadiran Ahli-ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat, warga kerja Parlimen Malaysia serta pegawai-pegawai bertugas di Parlimen Malaysia. Kesepakatan dan kebersamaan ini dilihat mampu menjadi titik persamaan untuk memupuk semangat muhibah serta patriotik dalam jiwa keseluruhan rakyat Malaysia.

 

Jemputan yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan orkestra daripada Seri Puteri Symphonic Winds (SPWinds), kumpulan yang terdiri dari 71 orang pelajar dari Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya. Persembahan medley lagu-lagu patriotik telah menaikkan semangat tetamu yang hadir untuk menyanyi bersama disambil mengibarkan Jalur Gemilang.

 

Turut hadir bersama YB Dato' Dr. Ramli bin Dato' Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB YB Puan Alice Lau Kiong Yieng , Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, barisan pengurusan tertinggi Parlimen Malaysia dan seluruh warga Parlimen Malaysia.

 

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA


 


Kemaskini terakhir pada: 19 Ogos 2025 | Hits: 1061

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my