PERSIDANGAN PARLIMEN MAHASISWA 2016
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 26 Julai – Parlimen Mahasiswa kini bersidang selama dua hari bermula hari ini dengan penyertaan seramai 210 mahasiswa dari 26 universiti tempatan dari seluruh negara, merangkumi institusi pengajian tinggi awam dan swasta.


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II YB Datuk Ismail Mohamed Said bergambar bersama sebahagian wakil pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta sempena Persidangan Parlimen Mahasiswa di Parlimen hari ini. Hadir sama, Setiausaha Dewan Rakyat YBhg. Datuk Roosme Hamzah.

Dua isu yang disentuh iaitu usul pertama yang dibahaskan hari ini berkaitan pencapaian semasa dan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
Manakala esok, satu usul berkaitan sumbangan dan peranan Mahasiswa dalam pembentukan negara yang cemerlang akan dibahaskan.


Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee ketika mempengerusikan Persidangan Parlimen Mahasiswa di Parlimen.

Penggulungan sepenuhnya Persidangan Parlimen Mahasiswa akan diadakan pada 27 Julai oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Idris Jusoh.
 
Selain diberikan peluang berbahas secara berhemah, Persidangan Parlimen Mahasiswa juga merupakan platform terbaik bagi Mahasiswa menimba pengalaman dan memahami proses perbahasan di Parlimen.


Pembahas dari Universiti Teknikal Malaysia Che Mohamad Izzat membentangkan perbahasannya pada Persidangan Parlimen Mahasiswa di Parlimen.

Kemaskini terakhir pada: 27 Julai 2016 | Hits: 12007

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my