PARLIMEN MALAYSIA ANJURKAN PROGRAM LATIHAN ANTARABANGSA
control 1control 2control 3
Isnin, 14 Disember 2015 – Seramai 12 orang pegawai Parlimen dari 3 buah negara telah menyertai International Attachment Programme In Parliament Of Malaysia 2015. Program selama 5 hari yang julung kali dianjurkan oleh Parlimen Malaysia ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara pengendalian institusi Parlimen Malaysia dan juga untuk berkongsi pengetahuan mengenai hal-hal Parlimen. 


YBhg. Datuk Zamani bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian Pengurusan bergambar kenang-kenangan bersama peserta program

Antara pengisian program adalah taklimat tentang fungsi dan peranan bahagian-bahagian yang terdapat di Parlimen Malaysia serta lawatan ke sekitar bangunan Parlimen Malaysia termasuk Blok Dewan Persidangan, Galeri dan Taska Parlimen. Peserta program juga diberi tugasan untuk membuat pembentangan berkumpulan mengenai struktur dan fungsi Parlimen yang diamalkan di negara masing-masing.
 

Peserta program menandatangani buku pelawat Taska Parlimen

Sementara itu, majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan dijadualkan pada 17 Disember 2015 jam 4.00 petang dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Zamani bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian Pengurusan Parlimen Malaysia. Para peserta juga dibawa ke Melaka untuk program bersama Dewan Undangan Negeri Melaka serta lawatan ke Putrajaya.


Peserta Kenya bermesra dengan kanak-kanak jagaan Taska Parlimen

Parlimen Malaysia berharap informasi berguna daripada program ini akan dapat dikongsi dan dimanfaatkan secara bersama.

Kemaskini terakhir pada: 18 Disember 2015 | Hits: 9550

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my