MALAYSIA BERSEDIA ANJURKAN CSPOC KE-23
control 1control 2control 3
Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) adalah platform bagi speaker dan pegawai dewan negara dari Komanwel menyuarakan pendapat, berkongsi pandangan dan membincangkan isu-isu global terkini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata speaker dan pegawai dewan negara-negara Komanwel mempunyai isu yang ingin diketengahkan untuk perhatian negara anggota termasuk dalam hal membabitkan alam sekitar, dadah, pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram dan isu keselamatan.

"Setiap Parlimen di dunia sekarang memberi pengkhususan kepada hubungan persahabatan. Hubungan antara Parlimen ini dieratkan oleh isu-isu semasa itu. Masing-masing mempunyai isu yang ingin dibincangkan," katanya pada sidang media mengenai CSPOC ke-23, di sini hari ini.

 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat bergambar bersama-sama dengan pegawai-pegawai dan mereka yang terlibat selepas raptai majlis perasmian

Pandikar berkata Malaysia akan turut mengutarakan prinsip serta pendirian yang dipegang dalam menghadapi pelbagai isu global pada persidangan itu.

Beliau berkata tidak semestinya apa diamalkan di negara lain akan dipraktikkan di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi.



Yang di-Pertua Dewan Rakyat memerhatikan demontrasi tenunan kain kaum Bajau yang dipamerkan di ruang lobi DUN Sabah

Mengenai CSPOC ke-23, Pandikar berkata Malaysia adalah negara Komanwel ke 13 menganjurkan persidangan itu dan merupakan negara Asia kedua menjadi tuan rumah selepas India.

Beliau berkata persidangan yang bakal dihadiri 48 speaker dan dewan negara Komanwel itu akan berlangsung dari 9 hingga 14 Jan, di sini.

Sabah dipilih sebagai tuan rumah antara lain bagi mempamerkan kepelbagaian budaya dan etnik serta keunikan alam semula jadi yang terdapat di negeri ini kepada para delegasi, katanya.

Pandikar juga akan menyampaikan kertas kerja bertajuk 'The Challenges Facing the Independence of Speakers' pada persidangan berkenaan.

 

Datuk Awang Alik, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia ketika sesi raptai Perarakan Usunan di DUN Sabah




Kemaskini terakhir pada: 11 Januari 2016 | Hits: 9427

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my