PELANCARAN MAJLIS SENATOR MALAYSIA (MSM)
control 1control 2control 3
Isnin, 5 Mei 2014 – YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Pelancaran Majlis Senator Malaysia (MSM) pada 3 Mei 2014 di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia bermula pada jam 8.00 malam. Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato’ Abdul Rahim Abdul Rahman, Presiden Majlis Senator Malaysia, YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara.
 

Rangkuman gambar sekitar Majlis Makan Malam sempena Pelancaran Majlis Senator Malaysia
 
Penubuhan MSM telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan keanggotaannya terbuka kepada Ahli-ahli Dewan Negara Barisan Nasional yang sedang berkhidmat juga yang telah bersara. Majlis ini berperanan untuk memperkasakan Dewan Negara serta berusaha mengubah persepsi umum yang beranggapan bahawa Dewan Negara hanya bertindak sebagai rubber stamp. Dari semasa ke semasa, pelbagai program akan di atur untuk meningkatkan pengetahuan rakyat mengenai tugas-tugas Dewan Negara sebagai salah satu badan yang terlibat dalam penggubalan undang-undang.
 

Rangkuman gambar semasa Pelancaran Logo Majlis Senator Malaysia dan semasa penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang kepada Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia

Majlis pelancaran ini telah dimulakan dengan ucapan aluan-aluan oleh Presiden Majlis Senator Malaysia dan diserikan dengan tayangan video klip khas mengenai sejarah Dewan Negara juga Yang di-Pertua Dewan Negara. Seterusnya, majlis disusuli dengan ucapan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang. Perdana Menteri Malaysia turut menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya melancarkan Logo Majlis Senator Malaysia sebagai simbolik perasmian.
 
Semasa majlis tersebut, Perdana Menteri Malaysia telah berbesar hati untuk menyampaikan replika Sijil Anugerah Cemerlang kepada YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia di atas kejayaan Portal Rasmi Parlimen Malaysia memperoleh Penarafan 5 Bintang dalam Malaysia Governmnent Portal and Websites Assesment 2013. Penyerahan sijil penghargaan tersebut turut disaksikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, YBhg. Datuk Badlisham Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation(MDeC) dan Presiden Majlis Senator Malaysia. Majlis tersebut telah diakhiri dengan sesi bergambar Ahli-ahli Jawatankuasa MSM bersama Perdana Menteri Malaysia dan berakhir pada jam 10.30 malam.

Kemaskini terakhir pada: 7 Mei 2014 | Hits: 14905

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 21/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my