MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
Khamis, 18 Jun 2015 - Bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh kerahmatan telah kembali memberkati kehidupan kita semua. Bersempena dengan bulan mulia ini, satu Majlis Berbuka Puasa anjuran YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah diadakan di Kafe, Blok Sementara, Parlimen Malaysia.
 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat bermesra bersama-sama Ahli-ahli Dewan Rakyat yang hadir dalam majlis tersebut.

Turut hadir ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan YB Datuk Haji Ismail bin Mohamed Said, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat, warga Parlimen, pegawai-pegawai bertugas juga warga media.
 

Ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersama-sama dalam majlis tersebut.
 
Para tetamu turut menunaikan solat isyak dan solat sunat terawih bersama-sama selepas selesai menikmati jamuan berbuka puasa.

Majlis tersebut diakhiri dengan jamuan moreh kira-kira pada jam 9.30 malam.

Kemaskini terakhir pada: 24 Jun 2015 | Hits: 14559

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 15/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.051 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my