LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI PARLIMEN BANGLADESH KE PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
Jumaat, 20 September 2013 – Seramai 10 orang pegawai dari Parlimen Bangladesh telah melawat ke Parlimen Malaysia termasuk pegawai daripada Bahagian Sumber Manusia, Latihan, Perhubungan Awam dan  Penyelidikan.
 


Lawatan tersebut bermula dari 19 hingga 22 September 2013 dan merangkumi Lawatan ke INTAN Bukit Kiara Kuala Lumpur, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya dan tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur.
 
Semasa lawatan ke Parlimen Malaysia, delegasi ini telah meluangkan masa di dalam majlis perjumpaan dan sesi taklimat yang telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Lamien Sawiyo, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia di Bilik Mesyuarat, Tingkat 4. Di samping itu, beberapa orang pegawai-pegawai peringkat pengurusan dan professional turut bersama-sama di dalam sesi taklimat tersebut. Pelbagai maklumat berkaitan Parlimen Malaysia merangkumi sesi persidangan Dewan Rakyat/Dewan Negara, pengurusan dan pentadbiran di Parlimen Malaysia telah dikongsikan dengan para delegasi. Selain itu, sesi soal jawab ringkas juga turut diadakan.

 
Selepas tamat sesi taklimat tersebut, para delegasi telah dibawa melawat di sekitar Parlimen Malaysia termasuk ke Dewan Negara dan Dewan Persidangan. Seterusnya, para delegasi juga telah bersama-sama di dalam jamuan makan tengahari yang turut disertai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia. Lawatan ke Parlimen Malaysia oleh delegasi dari Parlimen Bangladesh tamat kira-kira jam 2 petang.
 
Lawatan seperti ini sangat berguna sebagai salah satu perkongsian ilmu di antara dua negara yang mempunyai sistem pentadbiran yang berbeza.
 


Kemaskini terakhir pada: 25 September 2013 | Hits: 15048

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.071 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my