PEMAKLUMAN UMUM
PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI PARLIMEN MALAYSIA
Parlimen Malaysia mempelawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang berminat untuk menjalani Latihan Industri di Parlimen Malaysia bagi tujuan pendedahan kepada pengurusan, pentadbiran serta operasi dalam persekitaran institusi legislatif negara.
Kriteria Permohonan
Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) yang diiktiraf;
- Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / setaraf;
- Latihan industri merupakan syarat wajib dalam program pengajian; dan
- Bersedia mematuhi peraturan serta etika kerja yang ditetapkan oleh Parlimen Malaysia.
Dokumen Wajib Untuk Dilampirkan
Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut semasa permohonan:
- Resume / Curriculum Vitae (CV)
- Surat pengesahan daripada universiti/institusi pengajian untuk menjalankan latihan industri
- Maklumat CGPA terkini (Transkrip keputusan terkini)
- Borang maklum balas / borang penilaian latihan industri (sekiranya ada)
Kaedah Permohonan
Permohonan hendaklah dihantar melalui emel dengan tajuk seperti berikut:
“Permohonan Latihan Industri – [Nama Pemohon] – [Universiti] – [Tempoh Latihan]”
Sila emel permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke:
bakat@parlimen.my
Maklumat Tambahan
- Permohonan adalah tertakluk kepada kekosongan penempatan dan kesesuaian bidang.
- Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dihubungi untuk tindakan lanjut.