PEMAKLUMAN UMUM

PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI PARLIMEN MALAYSIA

Parlimen Malaysia mempelawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang berminat untuk menjalani Latihan Industri di Parlimen Malaysia bagi tujuan pendedahan kepada pengurusan, pentadbiran serta operasi dalam persekitaran institusi legislatif negara.

Kriteria Permohonan

Permohonan adalah terbuka kepada pelajar yang memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) yang diiktiraf;
  • Sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda / setaraf;
  • Latihan industri merupakan syarat wajib dalam program pengajian; dan
  • Bersedia mematuhi peraturan serta etika kerja yang ditetapkan oleh Parlimen Malaysia.

Dokumen Wajib Untuk Dilampirkan

Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen berikut semasa permohonan:

  • Resume / Curriculum Vitae (CV)
  • Surat pengesahan daripada universiti/institusi pengajian untuk menjalankan latihan industri
  • Maklumat CGPA terkini (Transkrip keputusan terkini)
  • Borang maklum balas / borang penilaian latihan industri (sekiranya ada)

Kaedah Permohonan

Permohonan hendaklah dihantar melalui emel dengan tajuk seperti berikut:

“Permohonan Latihan Industri – [Nama Pemohon] – [Universiti] – [Tempoh Latihan]”

Sila emel permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke:

Maklumat Tambahan

  1. Permohonan adalah tertakluk kepada kekosongan penempatan dan kesesuaian bidang.
  2. Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dihubungi untuk tindakan lanjut.

Kemaskini terakhir pada: 26 Disember 2025 | Hits: 256

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 31/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.055 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my