Kenyataan Media Lawatan Pemantauan Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas Bagi Persediaan Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 di Kem 505 Rejimen Askar Wataniah, Pekan, Pahang
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     KENYATAAN MEDIA  

LAWATAN PEMANTAUAN JAWATANKUASA PILIHAN KHAS KESELAMATAN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KELIMA BELAS BAGI PERSEDIAAN PELAKSANAAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) 3.0 SIRI 2/2025 DI KEM 505 REJIMEN ASKAR WATANIAH, PEKAN, PAHANG

 

  1. Pada 7 Mei 2025 (Rabu) yang lalu, Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Keselamatan, Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke Kem 505 Rejimen Askar Wataniah di Pekan, Pahang untuk memantau persiapan pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2/2025 yang bermula pada 11 Mei 2025 hingga 24 Jun 2025 selama 45 hari. Sebelum itu, pemantauan terhadap PLKN 3.0 Siri 1/2025 telah diadakan di Kem 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur pada bulan Januari dan Februari 2025 yang lalu.

 

  1. Pemantauan oleh Jawatankuasa ini terhadap keberkesanan program PLKN 3.0 adalah selaras dengan syor Jawatankuasa ini seperti dalam Penyata JKPK Keselamatan mengenai Persediaan Pelaksanaan Latihan Percubaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat.

 

  1. Seramai 5 orang Ahli-ahli Jawatankuasa telah menyertai lawatan kerja ini iaitu, YB Datuk Jonathan bin Yasin, Ahli Parlimen Ranau selaku Pengerusi Jawatankuasa; YB Dato’ Sri Sh Mohmed Puzi bin Sh Ali, Ahli Parlimen Pekan; YB Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Ahli Parlimen Ketereh; YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang dan YB  Tuan Pang Hok Liong, Ahli Parlimen Labis. Turut hadir pada sesi lawatan kerja ini adalah pegawai-pegawai daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Keselamatan Negara.

 

  1. Lawatan kerja diadakan bertujuan untuk meninjau tahap kesiapsiagaan kem tersebut menjelang ketibaan kumpulan pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2025 yang telah mendaftar masuk pada tarikh yang dijadualkan. Jawatankuasa menjalankan pemantauan yang menyeluruh terhadap persediaan kem merangkumi aspek kemudahan asas, logistik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pelatih. Taklimat mengenai persediaan kem telah dilaksanakan oleh Komandan Cawangan Latihan Khidmat Negara, Kem 505, Rejimen Askar Wataniah, Pekan, Pahang.

 

  1. Jawatankuasa ini akan terus menjalankan pemantauan terhadap pelaksanaan PLKN 3.0 di kem-kem terpilih demi memastikan keberkesanan program dan keselamatan para pelatih sentiasa terpelihara sebelum pelaksanaan sepenuhnya PLKN 3.0 pada tahun 2026.

 

  1. Jawatankuasa turut merakamkan penghargaan kepada pihak Pengurusan Kem PLKN di Rejimen Askar Wataniah yang terlibat dan JLKN atas kerjasama yang telah diberikan.

Sekian, terima kasih.



 

YB DATUK JONATHAN BIN YASIN
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan
Dewan Rakyat Parlimen Kelima Belas


Kemaskini terakhir pada: 19 Mei 2025 | Hits: 1288

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 04/12/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my