Kenyataan Media Jawatankuasa Pilihan Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan Dan Pembangunan Sumber Manusia Dewan Rakyat Parlimen Ke-15
control 1control 2control 3
       
    PARLIMEN MALAYSIA
     KUALA LUMPUR
 
  

     KENYATAAN MEDIA

        TANGGUH PELAKSANAAN PELAJAR BERUSIA 6 TAHUN
 MEMASUKI TAHUN 1 SEKOLAH RENDAH

        JAWATANKUASA PILIHAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KE-15 TANGGUH PELAKSANAAN PELAJAR BERUSIA 6 TAHUN MEMASUKI TAHUN 1 SEKOLAH RENDAH

 

 

KUALA LUMPUR, 28 Januari 2026- Jawatankuasa Pilihan Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia (JKPK) telah mengadakan mesyuarat pada 27 Januari 2026.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Dato’ Sri Saifuddin bin Abdullah (Indera Mahkota - Pengerusi), YB Dato’ Haji Shamshulkahar bin Mohd Deli (Jempol), YB Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah), YB Dato’ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau), YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd. Muttalib (Maran) dan YB Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar).

JKPK telah membincangkan aspek pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035 (RPM). JKPK memandang serius soal kebersediaan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam hal pelajar berusia 6 tahun memasuki tahun 1 sekolah rendah bermula pada tahun 2027. JKPK juga mengambil kira akan keresahan ibu bapa berhubung perkara ini.

Kebersediaan KPM yang dimaksudkan ialah dari segi cukupnya jumlah guru, bilangan bilik darjah dan prasarana yang berkaitan.

 

Secara umumnya, JKPK bersetuju dengan hasrat KPM untuk memulakan persekolahan rendah pada umur 6 tahun, dan menyokong usaha ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang menjadi kebimbangan dan perlu diberi perhatian.

JKPK mengalu-alukan tawaran Menteri KPM YB Puan Fahdlina Sidek (yang menghadiri mesyuarat tersebut tetapi untuk agenda yang berlainan) untuk mengadakan taklimat kepada JKPK tentang perkara ini.

Hasil daripada mesyuarat ini, JKPK membuat ketetapan supaya kerajaan menangguhkan hal pelajar berusia 6 tahun memasuki tahun 1 sekolah rendah bermula tahun 2027 ke satu tempoh yang baru. Ini bertujuan untuk:

  1. KPM mengadakan libat urus yang mendalam dengan JKPK dan pihak- pihak berkepentingan (contohnya ibu bapa dan PIBG); dan
  2. Memberi peluang kepada KPM supaya benar-benar bersedia dari segi guru, bilik darjah dan prasarana berkaitan.

JKPK berpandangan bahawa pelaksanaan yang lebih teliti, sistematik dan inklusif adalah penting bagi memastikan kepentingan pelajar serta kualiti sistem pendidikan negara terus terpelihara.

 

 

 

 

 

 


 


Kemaskini terakhir pada: 29 Januari 2026 | Hits: 149

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/01/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my