KAMAR KHAS DEWAN RAKYAT MULA BERSIDANG
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 16 Mei – Buat kali pertama dalam sejarah Parlimen negara, Persidangan Kamar Khas Dewan Rakyat diadakan sempena Persidangan Dewan Rakyat, di Kamar Khas, Bangunan Sementara Parlimen, di sini, petang ini. 
 

Suasana di dalam Persidangan Kamar Khas ini adalah yang pertama dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Justeru, hari ini merupakan detik yang sangat bersejarah bagi sidang Dewan Rakyat. Kamar Khas ini akan berlangsung selaras dengan pindaan-pindaan Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat yang telah diluluskan.

Setiausaha Bahagian Komunikasi Korporat Parlimen, Tengku Nasaruddin Tengku Mohamed dalam notis pemberitahuan diedarkan kepada media berkata, persidangan tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 17 Baharu (Kamar Khas). 

"Mesyuarat jam 2.30 petang ini adalah kali pertama bagi Persidangan Kamar Khas Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya. 

 

Ahli Parlimen DAP Sarikei, YB Wong Ling Biu berucap mengenai Klinik 1Malaysia di Jakar, Sarikei dan masalah Poliklinik Sarikei ketika Persidangan Kamar Khas hari ini.
 
Dalam pada itu, mengikut Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, dua Ahli Parlimen akan berucap pada Persidangan Kamar Khas iaitu YB Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) mengenai Klinik 1Malaysia di Jakar, Sarikei dan masalah Poliklinik Sarikei dijawab YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan.

Ini disusuli YB Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai nasib penoreh getah di Kedah mesti dibela dan jangka dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri.

 

YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan ketika memberikan jawapan di Persidangan Kamar Khas Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Kamar Khas adalah ditubuhkan untuk menimbangkan perkara yang dirujukkan kepadanya seperti berikut: 
a. Ucapan berkenaan dengan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungan Kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17;
b. Perkara tertentu berkepentingan orang ramai di bawah Peraturan Mesyuarat 18.

Semua ahli Majlis adalah ahli Kamar Khas.

Manakala cukup bilang Kamar Khas hendaklah tiga orang ahli dan terdiri daripada:
a. Tuan Yang di-Pertua
b. Seorang ahli yang mengeluarkan usul 
c. Seorang ahli Kerajaan

Kamar Khas juga boleh bermesyuarat pada bila-bila masa semasa persidangan majlis sebagaimana yang ditentukan oleh Tuan yang di-Pertua. Pada bila-bila masa Kamar Khas bersidang, Tuan Yang di-Pertua boleh meminta seseorang ahli mempengerusikan Kamar Khas buat sementara dengan tidak payah diberitahu Kamar Khas dengan secaranya dan ahli yang mempengerusikan tetaplah terserah kepadanya semua kuasa-kuasa Tuan Yang di-Pertua sehingga Tuan Yang di-Pertua balik semula mengetuakan Kamar Khas. 

Sehubungan dengan itu, pada mesyuarat yang kedua Dewan Rakyat yang bermula pada hari ini, Isnin 16 Mei 2016 dapat memulakan urusan dalam Kamar Khas iaitu agenda utamanya adalah bagi membincangkan Urusan-urusan Berkenaan. 

Kemaskini terakhir pada: 18 Mei 2016 | Hits: 15926

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my