Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ditubuhkan di bawah Peraturan Mesyuarat 72, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara. Jawatankuasa ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang Ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan setiap penggal Parlimen.
Apa-apa perkara yang menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Majlis akan diserahkan kepada Jawatankuasa ini. Jawatankuasa ini mempunyai kewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata berkenaan perkara tersebut kepada Majlis.
Semasa Majlis tidak bersidang, seseorang Ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua sekiranya berlaku sebarang kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua berpuas hati dengan aduan tersebut, ia boleh diserahkan kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini akan mengeluarkan penyata kepada Majlis.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berkuasa untuk memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat serta boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari semasa ke semasa.
| 1) | YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah |
| Yang di-Pertua Dewan Negara - (Pengerusi) | |
| 2) | YB Senator Datuk Bobbey Ah Fang Bin Suan |
| 3) | YB Senator Dr. Lingeswaran a/l Dato' Seri R. Arunasalam |
| 4) | YB Senator Tuan Haji Musoddak bin Ahmad |
| 5) | YB Senator Tuan Azahar bin Hassan |
| 6) | YB Senator Tuan Niran Tan Kran |
| 7) | YB Senator Dato' Sri Mohamad Zaini bin Salleh |
Kemaskini terakhir pada: 24 Ogos 2026 | Hits: 48269
www.parlimen.gov.my