Kembali Ke Senarai | MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC), PARLIMEN KE-15 TAHUN 2026 PROSIDING LEMBAGA TABUNG HAJI
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen telah memulakan sesi prosiding pertama berhubung Lembaga Tabung Haji (LTH) di Parlimen Malaysia.
Bagi prosiding ini, PAC telah memanggil saksi-saksi utama iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku pihak kementerian kawal selia, serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LTH dan pengurusan kanan LTH. Prosiding yang telah dijalankan selama hampir empat jam ini bertujuan untuk mendapatkan penjelasan rasmi dan perkembangan terkini berhubung dengan pelaksanaan syor-syor penambahbaikan yang digariskan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Isu Pengurusan dan Operasi LTH dari Tahun 2014 hingga 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 Ogos 2026. Ini termasuk isu-isu berkaitan kawal selia Kerajaan ke atas LTH, serta pengurusan, tadbir urus, dan kewangan LTH, terutamanya dalam memastikan kemampanan operasi LTH dalam tempoh jangka panjang di sebalik ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia.
15 September 2026 I 10:00 pagi I Bilik Jawatankuasa 1, Parlimen Malaysia
Foto: Elfin