DR ZAIEDI SUHAILI ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 19 Julai – Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan YB Senator Dr. Zaiedi Suhaili hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran di Dewan Negara, di sini.


YB Senator Dr. Zaiedi Suhaili mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran di Dewan Negara hari ini.

Zaiedi, 60, dari Kuching, Sarawak dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Beliau pernah bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan dan Menteri Pertanian, menganggotai Ahli Lembaga Air Kuching dari 2007 hingga 2009 serta menjadi Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dari 1974 hingga 1985.

Selain itu, beliau juga aktif dalam politik dengan menjadi Timbalan Ketua Bahagian Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tupong sejak 1996.


YB Senator Dr. Zaiedi Suhaili menandatangani sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara YB Senator Datuk SA. Vigneswaran di Dewan Negara hari ini.

Ketika ditemui pemberita, Zaiedi berkata beliau akan memperjuangkan isu-isu pendidikan dan pertanian negara secara amnya dan Sarawak khususnya.

Pada 9 Jun lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara melantik Zaiedi sebagai senator baru mewakili Sarawak bagi menggantikan Dayang Madinah Tun Abang Haji Openg yang tamat tempoh perkhidmatannya.

Kemaskini terakhir pada: 20 Julai 2016 | Hits: 10181

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my