Dasar Privasi

Privasi anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan  perlindungan maklumat yang 
dikemukakan oleh pengunjung.
                           
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi  maklumat peribadi, 
maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi  awam lain untuk membantu penyediaan 
perkhidmatan yang lebih berkesan dan  efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan 
yang memerlukan maklum  balas dari agensi-agensi lain.
                           
Maklumat Yang Dikumpul 

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini  kecuali maklumat yang 
dikemukakan oleh anda melalui e-mel. 
                           
Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang  Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai  untuk laman 
web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat  dalam pautan mungkin mempunyai 
dasar privasi yang berbeza dan pengunjung  dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi 
bagi setiap laman web  yang dilayari. 
                           
Pindaan Dasar
                       
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.  Dengan sering melayari 
halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang  dikumpul, cara ia digunakan dan dalam 
keadaan tertentu, bagaimana maklumat  dikongsi bersama pihak yang lain.
 
 
Hak Cipta Terpelihara
Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen, 
50680 Kuala Lumpur.       
Tel: 603-20721955, Email: info@parlimen.gov.my

Dasar Privasi|Dasar Keselamatan