BENGKEL “NETWORKING & OUTREACH” AIPA BERSAMA CSO
control 1control 2control 3
Bengkel Networking dan Outreach bersama Pertubuhan Masyarakat Madani (CSO) di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur,1-2 Ogos 2016.
 

Delegasi yang hadir bergambar kenang-kenangan.
 
Bengkel kedua yang dianjurkan oleh Parlimen Malaysia mengenai Networking dan Outreach bersama Pertubuhan  Masyarakat Madani (CSO) telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1- 2 Ogos 2016.
 
Bengkel ini telah dihadiri oleh peserta dari Parlimen Negara-negara anggota AIPA  iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam dan Sekretariat AIPA.
 

YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia ketika perasmian bengkel.

CSO dilihat penting kerana peranannya sebagai orang tengah di antara individu dan kerajaan. Sebahagian besar CSO  membuat sumbangan yang berharga mewakili suara rakyat dalam proses membuat dasar dan memainkan peranan penting untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang dasar-dasar kerajaan dan projek-projek pembangunan semasa.
 
 
Mr. P.O.Ram, Setiausaha Agung AIPA (Asean Inter Parliamentary Assembly) ketika berbual mesra dengan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBhg. Datuk Awang Alik Jeman sambil diperhatikan oleh YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.

Mereka juga telah mempunyai pengaruh yang semakin penting dalam menetapkan dan melaksanakan agenda pembangunan kerajaan dan mempunyai hasil yang boleh diukur dalam mentadbir pembangunan dasar negara. Justeru itu penglibatan mereka dengan Parlimen dilihat amat signifikan terhadap proses penggubalan dasar dan undang-undang negara.

Kemaskini terakhir pada: 3 Ogos 2016 | Hits: 8954

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my