PEMBENTANGAN BAJET 2015
control 1control 2control 3
Isnin, 13 Oktober 2014 – Pelbagai berita gembira kepada rakyat Malaysia telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa Pembentangan Bajet 2015 yang telah diadakan pada 10 Oktober 2014 di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Bersesuaian dengan tema kali ini iaitu Bajet 2015 : Ekonomi Keperluan Rakyat, pembentangan kali ini adalah berdasarkan tujuh strategi utama iaitu :
 

Rangkuman gambar sekitar Pembentangan Bajet 2015 

1. Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi
2. Memantap Tadbir Urus Fiskal
3. Mengupaya Modal Insan dan Keusahawanan
4. Memperkasa Agenda Bumiputera
5. Memartabat Peranan Wanita
6. Membangun Program Transformasi Belia Negara
7. Mensejahtera Rakyat
 
Selain itu, pembentangan bajet kali ini juga adalah bersifat lebih menyeluruh kerana ia memberi fokus kepada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan juga golongan pertengahan. Ini dapat dilihat melalui penambahbaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pengecualian barangan keperluan harian seperti makanan, ubatan dan petrol daripada cukai barangan dan perkhidmatan.
 
Di samping itu, tumpuan juga turut di berikan kepada golongan belia melalui Pelan Transformasi Belia Negara juga bantuan perumahan untuk belia. Bantuan kewangan untuk keluarga miskin dan juga kenaikan elaun utk golongan OKU juga turut dimasukkan di dalam pembentangan bajet 2015.Selain itu, pelbagai inisiatif lain turut diberi perhatian sama ada dari segi projek-projek infrastuktur, bantuan kepada usahawan Bumiputera, khidmat kesihatan, pendidikan juga pembangunan luar bandar.
 
Pembentangan bajet kali ini diharap dapat menjadi langkah terbaik yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Kemaskini terakhir pada: 14 Oktober 2014 | Hits: 11546

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my