Piagam Pelanggan dan Pencapaian
control 1control 2control 3

PIAGAM PELANGGAN

PARLIMEN MALAYSIA

 

1.           Menguruskan Persidangan Parlimen.

 
(i)     Dewan Rakyat.
 
(a) Memastikan Pemberitahuan (Notis Mesyuarat) tentang tarikh persidangan kepada semua ahli Dewan Rakyat dan kementerian dikeluarkan dalam tempoh 28 hari daripada tarikh hari pertama persidangan mengikut Peraturan 9 (2)(a) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
(b) Menyediakan dokumen Aturan Urusan Mesyuarat Harian mengikut PM 14 (1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dalam tempoh 1 hari sebelum tarikh persidangan.
 
(c) Memastikan penerbitan laporan Penyata Rasmi Harian (Hansard) Dewan Rakyat sebelum jam 3.00 petang hari berikutnya mengikut PM 10 Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk rujukan ahli-ahli dewan.
 
(ii)   Dewan Negara.
 
(a) Memastikan Pemberitahuan (Notis Mesyuarat) tentang tarikh persidangan kepada semua ahli Dewan Negara dan kementerian dikeluarkan dalam tempoh 28 hari daripada tarikh hari pertama persidangan mengikut Peraturan 8 (2)(a) Peraturan Mesyuarat Dewan Negara
 
(b) Menyediakan dokumen Aturan Urusan Mesyuarat Harian mengikut PM 13 (1) Peraturan Mesyuarat Dewan Negara dalam tempoh 1 hari sebelum tarikh persidangan.
 
(c) Memastikan penerbitan laporan Penyata Rasmi Harian (Hansard) Dewan Negara sebelum jam 3.00 petang hari berikutnya mengikut PM 9 Peraturan Mesyuarat Dewan Negara untuk rujukan ahli-ahli dewan.
 
(iii) Mengurus dan memastikan pembentangan Rang Undang-undang, mendapatkan perkenan di Raja, dan memaklumkannya kepada Peguam Negara untuk digazetkan sebagai akta mengikut perkara 66, 67 dan 68 Perlembagaan Persekutuan.
 
 
2.          Menjalinkan hubungan antara Parlimen Peringkat Antarabangsa
 
(i)   Menguruskan lawatan rasmi / kerja Yang di-Pertua dan Timbalan berserta Ahli Parlimen Luar Negara ke Malaysia dalam tempoh 1 bulan dari tarikh lawatan.
 
(ii)  Menguruskan lawatan rasmi / kerja Yang di-Pertua dan Timbalan berserta Ahli Parlimen Malaysia ke luar negara dalam tempoh 1 bulan dari tarikh lawatan.
 
(iii) Menguruskan penyertaan Ahli-ahli Parlimen ke Persidangan / Mesyuarat berkaitan pertubuhan Parlimen di luar negara dalam tempoh 2 bulan dari tarikh persidangan.
 
 

 


Kemaskini terakhir pada: 14 Oktober 2019 | Hits: 244577

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 18/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.028 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my