Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Portal Rasmi Parlimen Malaysia.

Alhamdullillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah dan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung ke Portal Rasmi Parlimen Malaysia. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa portal yang sentiasa berusaha untuk menambahbaik portal rasmi ini.

Portal ini adalah gerbang informasi kepada pengunjung bagi mendapatkan pelbagai maklumat terkini Parlimen Malaysia khususnya berkaitan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, seperti Penyata Rasmi (Hansard), Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), Takwim Persidangan, Akta dan Rang Undang-Undang. Turut disediakan maklumat Ahli-Ahli Parlimen serta hal ehwal Parlimen yang releven. Para pengunjung juga boleh berkomunikasi menerusi portal ini sebagai platform rasmi untuk menyalurkan maklumbalas dan aduan pengguna. Pelbagai promosi dan ehwal semasa akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa untuk paparan orang awam dan pengunjung yang budiman.

Akhir kata, bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan Parlimen Malaysia sedia ada, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan ikhlas yang membina daripada pengunjung sekalian. Mudah-mudahan maklum balas berkenaan dapat membantu Parlimen melaksanakan penambahbaikan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Adalah menjadi harapan saya agar Portal Rasmi ini menjadi wadah dan wasilah kepada semua pihak untuk mengenali Parlimen Malaysia.

Selamat melayari Portal Rasmi Parlimen Malaysia.

Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 22 Ogos 2023 | Hits: 110785

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.023 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my