MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH (JKMR)
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR: 26 Julai (Isnin) -- Seramai tujuh ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) baharu telah dilantik Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa mulai 15 Julai lalu hingga 14 Julai 2024.
Semua ahli JKMR berkenaan terdiri daripada kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang mewakili parti kerajaan dan pembangkang, dengan Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dilantik sebagai pengerusi.

Rais dalam satu kenyataan berkata, pelantikan ahli jawatankuasa itu satu manifestasi kepada komitmen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan kerajaan untuk membasmi rasuah.
"Sesuai dengan punca kuasa perundangan yang diberikan kepadanya, JKMR adalah bertanggungjawab untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia dan memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jawatankuasa khas ini juga berperanan memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, selaras seksyen 14(5), JKMR akan bertanggungjawab menyediakan laporan tahunan mengenai fungsinya kepada Perdana Menteri yang kemudian membentangkan laporan itu di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Selain Rais, ahli JKMR lain termasuk Ahli Dewan Negara, Senator Tuan Ir Md Nasir Hashim, Senator Raj Munni Sabu, Senator Idris Ahmad dan Senator Zaiedi Suhaili serta Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai.

Pelantikan berkenaan adalah atas nasihat Perdana Menteri selaras dengan peruntukan Seksyen 14 Akta SPRM 2009 (Akta 694). SUMBER:- BERITA HARIAN

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1348&time=2


Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 3004

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.128 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my