MAJLIS PERPISAHAN & ‘CLOCK OUT’ YBHG DATUK NOR YAHATI AWANG SEBAGAI KETUA PENTADBIR PARLIMEN MALAYSIA YANG KE-6
control 1control 2control 3

Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023 -- Pada satu petang yang penuh bermakna, wajah-wajah yang dikenali dengan senyuman dan ceria berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal kepada seorang pemimpin ulung dan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM), YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, yang telah mencurahkan sepenuh hati di Parlimen Malaysia.

Majlis berlangsung di Lobi Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran pada pukul 4:30 petang bersama kakitangan Parlimen untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM) ke-6 dari 04 Januari 2021 hingga 10 Ogos 2023. YBhg. Datuk Nor Yahati akan memulakan perkhidmatannya sebagai Ketua Pengawai Eksekutif di Institut Integriti Malaysia (IIM). Langkah ini menandakan peralihan penting dalam kerjayanya sebagai pengawai tadbir yang diplomatik untuk memajukan integriti dan ketelusan dalam pentadbiran negara. Dengan pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran, YBhg Datuk Nor Yahati akan membawa visi serta strategi baharu kepada IIM.

YBhg. Datuk Nor Yahati telah berjaya mengetuai pengurusan dan pentadbiran Parlimen dengan efisien sepanjang COVID-19. Tidak hanya terhad kepada aspek pentadbiran, beliau turut menekankan keberkesanannya dalam menjalankan langkah-langkah keselamatan semasa wabak COVID-19, termasuk memasang 'HVAC Filter' untuk menjaga kesihatan kakitangan Parlimen. Beliau turut mengusahakan penganjuran Hari Terbuka Parlimen Malaysia secara skala sederhana pada tahun 2022 dan skala besar pada Mei 2023 demi memperkukuhkan hubungan antara Parlimen dan rakyat.

Pada majlis perpisahan, YBhg. Datuk Nor Yahati memberikan ucapan yang penuh emosi dan bermakna. Beliau berkongsi cerita-cerita mengenai perjalanan kerjayanya dan pengalamannya yang diperoleh semasa memegang jawatan Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (KPPM). Beliau merupakan seseorang pemimpin yang penuh dengan empati terhadap kakitangan Parlimen. Ucapan tulus ini turut diserikan dengan kenangan bersama warga-warga Parlimen yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan gemilang beliau. Beliau turut menzahirkan penghargaan serta peluang, "It doesn’t happen to all. Saya biasa bercakap to all, hanya yang terpilih sahaja" katanya, menekankan keunikan berpengalaman di Parlimen Malaysia. Beliau juga merungkai pengalaman beliau ketika mengendalikan pentadbiran semasa pandemik COVID-19. "Saya merancang kerangka peraturan dan persiapan baru" ungkapnya. Tambahan pula, beliau turut berkongsi, "Saya meminta semua kakitangan Parlimen bekerja pada hari Sabtu dan Ahad dan bersedia untuk bekerja setiap masa kerana ini budaya Parlimen.".

Ucapan beliau turut mengiktiraf sokongan yang diterima sepanjang tempoh perkhidmatannya, dengan menitikberatkan peranan penting yang dimainkan oleh YBrs. Tuan Riduan Rahmat dari Bahagian Pengurusan. "Saya dibantu pengawai yang cekap terutamanya YBrs. Tuan Riduan Rahmat" sambil menekankan semangat kerjasama yang membolehkan beliau mengatasi cabaran dan menjalankan tugas dengan cemerlang.

YBhg. Datuk Nor Yahati mengakhiri ucapannya dengan merenung penggabungan usaha yang beliau lakarkan dalam rangkaian perundangan. "Satu kejayaan yang amat membanggakan ialah usaha saya menyatukan seluruh warga Parlimen Malaysia sebagai satu pasukan." katanya dengan penuh yakin. Ucapan beliau memancarkan tekad kukuh untuk memupuk perpaduan dan kerjasama efektif di kalangan kakitangan Parlimen.

 Beliau turut menekankan aspirasi untuk terus memelihara budaya kerja yang telus, bekerja dengan integriti yang tinggi, dan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara. Beliau menekankan kakitangan Parlimen bahawa tanggungjawab ini tidak hanya bergantung kepada pemimpin tetapi adalah tugas bersama dalam memastikan keunggulan Parlimen Malaysia sentiasa terjaga.

Ungkapan tulus penghargaan berkumandang di seluruh Parlimen Malaysia apabila warga-warga Parlimen mengucapkan selamat tinggal dan selamat maju jaya dengan penuh kasih kepada YBhg. Datuk Nor Yahati Awang sebagai Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia yang ke-6.

Majlis perpisahan ini adalah bukti penghargaan terhadap sumbangan dan kepemimpinan beliau serta harapan agar Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan yang bebas, berwibawa dan bertaraf dunia.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Athira

Bahagian Komunikasi

Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 16 Ogos 2023 | Hits: 1874

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my