Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat
control 1control 2control 3

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat

Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli lain yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas setiap Parlimen dimulakan.

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk menimbangkan dan mengeluarkan penyata kepada Majlis-Majlis yang berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan Peraturan-Peraturan Mesyuarat apabila diserahkan oleh Majlis untuk ditimbangkan.

Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat kecuali diberi kebenaran oleh Majlis untuk berbuat demikian.

Sekiranya seseorang pemberitahu usul mengandungi apa-apa cadangan untuk meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat, pemberitahu itu hendaklah menyertakan satu rang pindaan yang dicadangkan. Usul yang telah dicadangkan dan disokong adalah disifatkan sebagai telah diserahkan kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat dengan tidak dikemukakan lain-lain masalah kepada mesyuarat.

Usul yang telah dicadangkan ini tidak boleh dibincangkan lagi sehingga Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat telah mengeluarkan penyata-penyata kepada Majlis berkenan dengan cadangan itu.
 

Ahli-ahli Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen Kelima Belas

Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 78(1)

  Yang Berhormat Dato' Johari bin Abdul 
Yang di-Pertua Dewan Rakyat  

Ahli
1 Yang Berhormat Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani
Ahli Parlimen Titiwangsa
 
2 Yang Berhormat Tuan William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang
 
3 Yang Berhormat Tuan Roy Angau Anak Gingkoi 
Ahli Parlimen Lubok Antu
 
4 Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson
Ahli Parlimen Ipoh Barat
 
5 Yang Berhormat Datuk Wira Mas Ermieyati binti Samsudin
Ahli Parlimen Masjid Tanah
 
6 Yang Berhormat Dato' Mumtaz binti Md Nawi
Ahli Parlimen Tumpat
 

Kemaskini terakhir pada: 22 Februari 2023 | Hits: 42665

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 01/06/2023.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2023 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.026 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my