Jawatankuasa Dewan terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen dengan seberapa segera.
Jawatankuasa ini berperanan bagi menimbangkan dan menasihati Tuan Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dengan kesenangan dan kemudahan serta khidmat-khidmat dan kenikmatan-kenikmatan bagi ahli Majlis.
Jawatankuasa ini tidak mempunyai kuasa untuk memanggil orang hadir dihadapannya atau meminta dikeluarkan surat-surat kecuali jika diberi kuasa oleh Majlis untuk berbuat demikian.
Jawatankuasa ini diberi kuasa bersidang atau bermesyuarat sebagai Jawatankuasa Bersama dengan Majlis Dewan Negara.
Ahli-Ahli Jawatankuasa Dewan Parlimen Keempat Belas
Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 79(1)
Yang Berhormat Datuk Azhar Azizan Harun Yang di-Pertua Dewan Rakyat |
1 | Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim Ahli Parlimen Arau |
---|---|
2 | Yang Berhormat Datuk Haji Shabudin bin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor |
3 | Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu |
4 | Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman Ahli Parlimen Kuala Krai |
5 | Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng Ahli Parlimen Lanang |
6 | Yang Berhormat Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli Ahli Parlimen Lumut |
Kemaskini terakhir pada: 18 Oktober 2021 | Hits: 65781